Ahad, 13 Januari 2013

PAS buka ruang untuk MURTAD

Kedah Times dan mungkin sebilangan pengikut sudah menjadi amat keliru dengan perjuangan PAS kini. Dari perjuangan untuk sebuah negara Islam, PAS bertukar kepada Negara Berkebajikan. Dan kini hasil negara berkebajikan dan PAS 4 all, Kalimah Allah menjadi korban PAS.

Mungkin kerana terlalu banyak mazhab dalam PAS, maka pelbagai fatwa dikeluarkan untuk satu isu. Maka terlihatlah kita tentang isu Kalimah Allah ini. Mazhab Ahlul Sunnnah Waaljamaah mengatakan bahawa Kalimah Allah adalah hanya untuk orang Islam, tapi puak syiah dan khawarij mengatakan yang Puak Kristian pun boleh menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka.

Kepelikan PAS semakin ketara dimana segala jenis maksiat seperti LGBT sudah dibenarkan.

Benarlah kata-kata Allah diakhir zaman ini yang ada ulama-ulama penipu akan sentiasa mencari jalan untuk menipu pengikutnya dengan menggunakan ajaran Islam.

Malah sudah ditunjukkan kepada kita dimana PAS sudah menghalalkan pengikut menjadi murtad dengan membiarkan kalimah Allah disalhgunakan oleh kristian.

Kita tak payah jadi kristian atau buddha untuk murtad, tetapi nampaknya PAS sudah membuka ruang luas untuk orang Islam menjadi murtad.



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates