Ahad, 13 Januari 2013

PAS dan PKR akan sentiasa peralat Islam

Kita akan lihat PAS dan PKR seterusnya akan menjual apa saja berkaitan dengan Islam demi untuk membeli UNDI bagi menguasai negara Islam ini.

Mereka bertindak mengikut kehendak proksi mereka DAP. Apa saja yang membawa keuntungan politik mereka akan sentiasa di halalkan hatta haram disisi Islam.

1. Islam sentiasa dipolitikkan PAS
2. Melayu diberikan pilihan untuk memilih agama disarankan oleh PKR
3. Kalimah Allah dibenarkan didalam bible Kristian
4. Hudud hanya dikenakan kepada orang Islam
5. Ibrahim Libya mati syahid kerana berperang dengan Polis

Ini semua adalah sebahagian dari kerja-kerja pelacuran agama yang dilakukan oleh PAS dan PKR. Kita akan lihat bakal timbul banyak lagi isu-isu agama yang bakal dijual oleh mereka.

Yang sedihnya, pengikut bawahan dijadikan lembu yang dicucuk hidung yang diheret bersama hanya dengan sedikit janji, iaitu syurga.

Petikan dari Andak membuktikan semua itu.

h1

Pakatan Rakyat: Jual Kalimah ‘Allah’ Untuk Beli Undi Kristian?




30 Mei 2007 – Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menyampaikan penghakiman menyebelahi MAIWP dalam kes Lina Joy. MAIWP memperolehi penghakiman 2-1 menyebelahinya. Seorang lagi hakim yang menyebelahi MAIWP ialah Dato’ (kini Tan Sri) Alauddin Mohd Sheriff, manakala Dato’ (kini Tan Sri) Richard Malanjum memberikan penghakiman menentang (dissenting).

19 September 2007 – Malaysiakini menyiarkan dakwaan bahawa peguam V.K. Lingam kononnya bersekongkol dengan Tun Ahmad Fairuz untuk menjadikan beliau sebagai Ketua Hakim Negara pada 2002.

26 September 2007 – The Malaysian Bar Council menyeru 2,000 peguam untuk berarak di Putrajaya bagi mendesak Perdana Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan Malaysiakini.
Presiden Bar Council, Ambiga Sreenevasan berucap semasa perarakan di Putrajaya. Kelihatan Azmin Ali (kini Timbalan Presiden PKR) di hadapan beliau.
21 Oktober 2007 - Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Pakiam, menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Anwar Ibrahim sebagai tetamu khas.
Gambar daripada anwaribrahimdotcom.blogspot.com
1 November 2007 – Tun Ahmad Fairuz bersara wajib selepas tempoh perkhidmatannya tidak dilanjutkan.
25 Disember 2007 – Anwar Ibrahim dan isteri, Wan Azizah, menghadiri Rumah Terbuka Krismas anjuran CFM (Christian Federation of Malaysia) sebagai tetamu khas. Gambar mereka bersama Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Pakiam.
Gambar daripada anwaribrahimdotcom.blogspot.com
30 Januari 2008 - Anwar Ibrahim ditemuduga oleh 200 paderi dan aktivis Kristian dalam satu dialog tertutup bersempena PRU ke-12 anjuran CFM (Christian Federation of Malaysia) di Petaling Jaya. Anwar membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada Gereja:
Anwar said since an entire generation of Malaysians had grown up using Bahasa Malaysia as a medium of communication, he saw no reason why Christian Malaysians in their prayers could not use the Arabic term for God – ‘Allah’.1

13 Mac 2008 - Rev. Wong Kim Kong, Setiausaha Agung NECF (National Evangelical Christian Fellowship) Malaysia mengeluarkan kenyataan akhbar yang mengarahkan para penganut Kristian agar berdoa untuk parti-parti Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan PAS:


Pray:

1. For smooth handover of power to the four new state governments;

2. For the candidates who have won that they will remain humble and work diligently to fulfill their promises to the rakyat;

3. For those who failed to win that they will be gracious in their loss, they will continue to serve the rakyat and play an effective “check and balance” role;

4. For harmonious working relations among the Barisan Rakyat parties – PKR, DAP and PAS;2

necf
NECF tanpa berselindung mengarahkan para penganut Kristian untuk menyokong Pakatan Rakyat. Lengkaplah permainan berbahaya politik agama di Malaysia, selepas PAS dan HINDRAF.
16 Mac 2008 - Dr. Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS serta Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, menziarahi Gereja St. Paul The Hermit di Ijok.3

27 Mac 2008 - Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad, menziarahi Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam pada dan memberikan kebenaran kepada Gereja untuk menggunakan kalimah ‘Allah’.4

21 April 2008 - Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Pakiam, memohon semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan Kerajaan Malaysia yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald – The Catholic Weekly. Herald – The Catholic Weekly juga diterbitkan dalam bentuk laman web.

1. “Anwar explains his stance to Christian leaders,” MalaysiaKini, 2 Februari, 2008, http://www.malaysiakini.com/news/77726

2. “Urgent Call for Continued Prayer (Malaysian General Election 2008),” 13 Mac, 2008, http://www.necf.org.my/newsmaster.cfm?&menuid=43&action=view&retrieveid=948

3. “Dzulkefly may be the first Muslim MP at a Catholic Mass,” The Malaysian Insiderhttp://www.themalaysianinsider.com.my/index.php/malaysia/5660?task=view

4. “The day Catholics welcomed a man from PAS in Shah Alam,” The Malaysian Insider,http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/5661-the-day-catholics-welcomed-a-man-from-pas-in-shah-alam

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates