Jumaat, 4 Januari 2013

Perjambanan Orang Melayu dalam CEC DAP dan Rasuah 10,000 Ekar Lenyap Begitu Saja


 Tok Pauh

Kejutan keputusan pemilihan CEC DAP yang dimenangi oleh semua calon bukan Melayu dalam DAP memberi pentujuk besar bagaimana kaum DAP tidak langsung mahu memberi sedikit peluang kepada kaum Melayu untuk menumpang dibarisan kepimpinan Parti itu. Ia memberi gambaran sebenar sikap dan pandangan puak chauvinis DAP kepada orang Melayu, walaupun Melayu-Melayu tersebut adalah penyokong mereka, tetap dipam kedalam lubang jamban.

Tidak cukup dengan sikap chauvinis yang menebal, DAP juga terbukti raja rasuah walaupun mereka berjaya menipu orang melayu yang mengimani mereka kononnya DAP adalah satu kelompok manusia paling bersih di muka bumi. Dan rasuah mereka bukan RM50 atau RM1000, tapi RM30,000,000.00 bersamaan 10,000 ekar tanah.

Setelah gagal menafi atau menimbulkan sebarang keraguan tentang perolehan tanah secara percuma sebanyak 10,000 ekar atau membuktikan bahawa mereka bukan parti yang menjambankan kaum Melayu, Lim Guan Eng menggunakan kalimah Allah sebagai  jalan keluar.

Sememang faham dengan sensitivity  orang Melayu terhadap Kalimah Allah dan pasti menjadi isu hangat, Guan Eng akhirnya Berjaya memutihkan DAP daripada rasuah terbesar dalam sejarah penipuan tanah selepas Francis Light pada tahun 1786.

Seburuk manapun Guan Eng menunjal orang Melayu, ia akan hanya jadi isu ketidakfahaman seorang bukan Islam tentang agama Islam sahaja. Paling lama sebulan dua isu ini akan berputar, tapi isu yang boleh mendajalkan DAP iaitu rasuah tanah terbesar selepas Francis Light menipu Sultan Kedah dan menjambankan orang Melayu dalam Dap sudah Berjaya dipadamkan.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates