Khamis, 10 Januari 2013

Tak Bohong Pun!!!

Cuba baca kenyataan Zulkifli Yahaya dibawah:

Sejak Mac 2008 hingga berakhir 2012 pelaburan masuk ke Kedah melalui KHTP sahaja ialah sebanyak RM10.583 billion. Bermakna purata kemasukan setahun ialah RM2.12 billion. Ia lebih tinggi dari purata kemasukan tahunan di zaman BN iaitu cuma RM1.61 billion. Sila dapatkan fakta rasmi ini dari MIDA, jangan tanya blogger UMNO...

Melihat data diatas, kita percaya hebat sungguh prestasi PAS dalam menarik pelabur..

Zulkifli Yahaya memang tak bohong, cuma dia habag sekerat supaya rakyat tertipu, dan hasilnya rakyat akan puja PAS kononnya mampu juga tarik pelabur.

Sejak Mac 2008 hingga berakhir 2012 pelaburan RM10.583 Billion. Hebat PAS.. tapi nanti sat:
Daripada RM10.583 billion tu,

1. Pelaburan First Solar adalah RM2.8 Billion, Syarikat itu pecah tanah pada April 2008, maknanya First Solar mula buat kilang dalam masa 3 minggu lepas PAS perintah sejak Mac 2008? Cuba fikir, boleh ka kilang RM2.8 billion dibincang dan pecah tanah dalam 3 minggu? Sah Zulkifli Yahaya tak tipu, tapi cuba kelirukan rakyat supaya percaya PAS buat kerja tarik pelabur. Itu saja ka dia pusing?

ada lagi...
2. RM2 Billion lagi adalah pembesaran Kilang Infineon yang telah wujud sebelum Mac 2008 lagi, Kilang dibesarkan dan tambah pelaburan saja, bermakna sapa punya kerja?

Kalau Pelaburan RM4.8 Billion pun boleh dibelitkan oleh Zulkifli Yahaya, awat hak lain tu dia nak cakap betul? Pembaca boleh fikir sendiri laa.



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates