Isnin, 14 Januari 2013

UMNO Bodoh Sebab Tak Tegakkan Islam..PAS Boleh..

 Sekarang ni politik mula hangat balik. Hangat sehangat 45 ribu orang yang berhimpun untuk tunjuk kasih sayang yang tak berbelah bagi pada Mr Anwar Ibrahim...Sampaikan Mat Sabu yang pernah gelar Anwar Aljuburi pun sekarang dah jilat ludah sampai licin. Tak ada kesan, tak ada bau dan tak ada warna dah.

Kita ucap tahniah ler pada PR terutamanya kepada PAS kerana sebelum dalam Kerajaan BN masih perintah, kalimah Allah dah boleh digunakan oleh agama lain. Maka yang dapat dirumuskan, muslim di Malaysia sudah boleh bersyukur dengan PAS lah dulu kot sebab kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh parti ini yang sentiasa mengingatkan ahli-ahlinya dan rakyat Malaysia bahawa PASlah yang sentiasa menegakkan Islam di Malaysia.

Oleh kerana menjadi parti ulung dan yang paling ke depan mengagungkan Islam, maka PAS berikan kemudahan yang boleh dikatakan dijamin syurga walaupun anda di dunia lagi.

Antara kemudahan-kemudahan yang mungkin akan terhasil ialah masjid-masjid sudah boleh menjimatkan perbelanjaan bagi tujuan pembesaran atau penambahbaikan kerana jemaah boleh turut menggunakan gereja untuk bersolat. Di masa hadapan pula, dijangkakan solat Jumaat juga boleh dilakukan pada hari Ahad kerana kalimah Allah boleh dikongsikan, lepas ni yang lain pun mungkin boleh dikongsikan juga.

Anwar sendiri pun dilihat merestui budaya kongsi isteri boleh diamalkan kerana kalau Anwar tak galakkan kenapa waktu kecoh hubungannya dengan Shamsidar, Anwar tak kalut nak jawab dan kecoh pun. Diam saja. Suruh rakyat fikir. Sekarang rakyat pun tengah fikirlah kebaikan-kebaikan PR kalau menjadi pemerintah.

Berbalik kepada isu kalimah Allah, rakyat tidak lagi perlu menunggu kata-kata ulama Malaysia, cuma perlu tunggu Majlis Syura yang lebih dipercayai dari sekalian ulama di muka bumi ini. Dan memandangkan Majlis Syura tolak penggunaan kalimah Allah ini maka kemudahan yang disebutkan di atas nampaknya mengalami sedikit gangguan tetapi mungkin boleh di'reverse' balik atau sebagainya. Sebabnya yang menyokong adalah Presiden PAS dan Mursyidul Am Pas sendiri. Lagi besar lesen mereka kalau ikut hirarki.

Kedahtimes di sini sangat berbangga dengan PAS kerana begitu komited dan bersungguh-sungguh menjaga kesucian Islam. Dan yang paling terbaru, cuba lihat video di bawah. Stadium Merdeka sudah boleh dianggap  satu-satunya lokasi di dunia yang boleh muslim bersolat menghadap ke pelbagai arah.

PAS for All..Salam Sejahtera  dan PAS cukup TERA (terror dalam bahasa Kedah) dalam mewarnakan Islam dengan begitu ceria sekali. Tahniah!

Video sensasi..Kita zzzzazzzzzzz!!!!!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates