Jumaat, 8 Februari 2013

Apa akan terjadi kepada Tasik Pedu

Penggodolan yang berterusan di kawasan Tasik Pedu oleh Kerajaan PAS Kedah bakal menyaksikan kerosakan hutan tadahan dan simpanan yang bakal mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan. Malah jika projek yang dicadangakan iaitu penanaman anggur dan mempelam, anak-anak cucu kita bakal mewarisi satu kawasan yang selama ini menjadi pusat tadahan, penghalang toksik dan kecantikan hutan rimba yang tiada bandingannya.

Generasi akan datang akan melihat kemusnahan ekosistem yang bermula dari Pedau sehinggalan ke Pendang, Alor Setar, Kuala Nerang dan Sik.

Mengikut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asan Tani kesan kegiatan pembalakan dan penebangan tanpa kawalan di kawasan tadahan air ini bakal menyebabkan 55,130 keluarga tani mengalami kerugian RM500 Juta semusim kerana kekurangan air dikawasan tanaman mereka.

Kedah pula akan kehilangan hasil pada sehingga 0.5 juta tan semusim jika kerakusan pembalakan ini tidak dihentikan segera. Dan Negara akan berdepan dengan kekurang beras hasil dari kawasan MADA.

Ini adalah disebabkan Sungai Muda dan Sungan Padang Terap adalah sungai hantaran air utama untuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah dikesan mengalami mendapan akibat tercemar teruk.
  

Pembalakan di kompartmen 4, 48 dan 50 seluas 314 hektar dikawasan tadahan airi di Pedu adalah betul-betul dipinggir Empangan Pedu iaitu lebih kurang 200 meter jaraknya.

Di kompartmen 50 B yang juga dikawasan tadahan air sudah 'botak' sepenuhnya. Dan ini membantu kepada proses hakisan yang maha dahsyat.

Apakah kita mahu dilabel pemusnah alam sekitar oleh anak cucu kita kelak?


Apakah kita nak membiarkan anak cucu kita menerima bahana akibat kerakusan kita?

KedahTimes dapati PAS bukan saja merosakkan agama tetapi merosakkan segala-galanya. Bayangkan jika pemerintahan negara diberi kepada PAS?

Jahanammm semuanya!

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kalau kena batang hidung sendiri buat bodoh aje..tanah di Kelantan yng tengah kecoh ni apa cerita...
PAS parti paling mangkok...takebeer 3kali..ALjuburi wajib taubat...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates