Jumaat, 8 Februari 2013

Dendangan HIJAU oleh Zainal Abidin di #SAVEKEDAH

 Pada 9 Februari 2013 jam 10 pagi, Penyanyi terkenal Zainal Abidin yang terkenal dengan lagu berkaitan dengan alam sekitar akan mendendangkan lagu-lagunya di Program Rali Selamatkan Bumi Kedah di Pedu.

Datanglah beramai-ramai sambil menyaksikan hasil kerakusan kerajaan PAS Kedah yang menggondolkan kawasan sekitar tadahan air Tasek Pedu. Sambil mendengar dendangan syair dalam nyanyian  oleh  Zainal Abidin.

Beberapa jurucakap NGO akan juga berucap mengenai isu alam sekitar yang telah mencacatkan kawasan Pedu. 

Impak kerosakan di sekitar Pedu dirasai oleh penduduk di Pendang, Sik dan sehingga ke Alor Setar.
Banjir lumpur yang membawa saki-baki balak telah berlaku di Kampung Landai Melaka, Sik. Banjir lumpur juga telah sampai ke Kilang Kechil, Lanjut Binjal, Lorong Haji Daud dan Air Putih di Pendang.

Kini penanam-penanam padi di kawasan MADA bakal merasai kekurang air yang diselama ini disalurkan dari empangan Pedu untuk tanaman mereka.
Akibatnya, kemusnahan alam sekitar, rumah, infrastruktur dan  keluaran hasil Padi di MADA.

Apakah kita masih tidak peduli lagi? Apakah kita masih tidak kisah semua itu? Apakah kita nak tunggu sehingga terantuk, baru nak tengadah?

Yang kaya raya ialah kroni-kroni mereka. 

Apakah kita nak meninggalkan bumi yang rosak ini kepada generasi akan datang? 


Marilah kita selamatkan Pedu. PRU13 nanti kita buang mereka ke dalam tasik Pedu.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates