Jumaat, 8 Februari 2013

Empangan Pedu, Muda dan Ahning

Apa yang sebenarnya terjadi di ketiga-tiga tadahan air ini? Apa yang terjadi disekitar empangan ini? Kenapa terjadi sebegini?

1. Kawasan sekitar tasik-tasik ini yang dirizabkan sebagai tadahan air seluar 400 hektar.

2. Tadahan ini membekalkan 10 peratus sumber air kepada Empangan Pedu, Muda dan Ahning. Sumber air ini disalurkan MADA ke kawasan tanaman padinya. Kemusnahan sekitarnya bakal mengakibatkan penyusutan bekalan air ke kawasan MADA.
3. Pokok-pokok telah ditebang dengan rakusnya untuk tujuan balak. Malah ditebang secara total seperti kata orang Kedah - Cuci mangkuk sehingga kawasan tertentu tiada zon pengampan antara kawasan pembalakan dengan Tasik Pedu.

4. Sebatang jalan yang memisahkan kawasan pembalakan dari Tasik Pedu.

5. Yang menyedihkan tiada laporan EIA  (Penilaian Kesan Alam Sekitar) dilakukan dan ianya hanya dibuat selepas Jabatan Alam Sekitar mengarahkan kegiatan penebangan balak dihentikan. 

6. Mengikut Prosedur JAS, mana-mana kawasan pembalakan yang menjangkau 500 hektar perlu laporan EIA sebelum apa-apa pembangunan atau penebangan dilakukan. Tetapi mereka bijak dengan memecahkan kawasan kepada konsensi yang kecil iaitu sebanyak 50 hektar bagi mengelakkan dari dikenakan laporan EIA.

7. Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan mereka hanya sebagai untuk mengaburi mata rakyat. Agensi atau badan yang berhubung kait dengan hutan dan air tidak langsung dipanggil untuk perbincang.

8. Malah MADA sebagai penjaga Empangan Pedu dan Muda langsung tidak dirujuk. Kini tasik Pedu sudah dipenuhi dengan pasir bukit.

9. Tiada Pelan KAwalan Hakisan dan Mendapan disediakan dalam pembangunan kawasan Tasik Pedu sehingga mengundang bencana.

Hasilnya beberapa kampung sudah dilanda banjir lumpur yang membawa saki baki balak yang telah merosakkan infrastruktur asas penduduk kampung di Sik dan Pendang. Dan bakal menjahanamkan penanaman padi di kawasan MADA.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates