Selasa, 12 Februari 2013

Hutan Simpanan

Apabila mengambil alih pemerintahan Negeri Kedah, orang-orang PAS terus canangkan yang Hutan Simpanan yang diwartakan oleh kerajaan BN adalah hutan simpanan untuk PAS.

Maka dengan lesen tersebutlah mereka dengan sembrono menggasak hutan simpanan dan tadahan air di pedu.  Tanpa mereka sedari yang banyak kerosakan telah mereka lakukan.
1. Sumber air tadahan empangan Pedu datangnya dari kawasan simpanan tersebut. Eko sistemnya telah dirosakkan dengan ganasnya oleh pembalak-pembalak kroni PAS.

2. Pokok-pokok tersebut ada rintangan atau halangan kepada pasir-pasir serta tanah dari runtuh atau mengalir masuk ke dalam tasik Pedu. Kelodak-kelodak kotor akan bebas hanyut masuk ke dalam tasik jika tiada halangan.

3. Hutan juga menjadi penapis kepada toksin buangan dari binatang seperti tikus dan sebagainya. Jika tiada pokok, maka toksid seperti kencing tikus mengalir terus ked dalam air gunaan kita. Tidak heran kita akan dengar ada pesakit akibat dari kencing tikus.

4. Tasik Pedu menyimpan air untuk kawasan tanaman padi MADA. KedahTimes boleh bayangkan apa akan terjadi kepada kawasan MADA jika Tasik Pedu sudah dipenuhi pasir dan kelodak kekotoran. Tanaman padi akan kehilangan punca air yang cukup. Maka bertambah susahlah kebanyakkan totok PAS yang berada sekitar Tokai, Pendang, Alor Setar dan lain-lain.
5. Kalau dulu BN menyediakan pengaliran MADA, PA kata melawan kuasa Allah. Kini PAS lagi hebat, mereka tidak memperdulikan Kuasa dan Amaran Allah; mereka rakus memusnahkan alam sekitar demi kuasa dan wang.
Apabila kita menimbulkan isu penebangan berleluasa ini, maka totok PAS akan kata BN dulu pun sapu juga. Tapi yang sahnya BN tak sapu di akwasan yang berisiko tinggi macam Tasek Pedu yang membekalkan air untuk tanaman padi yang rata-ratanya orang Melayu.

BN dulu pun ambil balak, tetapi mereka tidak rakus menebang semuanya. Hutan dijaga supaya tidak berlaku runtuhan dan banjir mengejut.

Itulah bezanya yang mengaku teramat Islamik mereka dengan yang hanya secara sederhana hidup mereka dengan peraturan agama.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Melayu Islam Khawarij ni memang sial bodoh tak boleh pandai!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates