Rabu, 6 Februari 2013

Karpal Tipu Nik Aziz


Telah dikatakan bahawa musuh Allah sentiasa bertelagah sesama sendiri walaupun mereka cuba sedaya upaya untuk berpakat dalam menjatuhkan kerajaan yang diperintah oleh orang Islam. Namun masih ramai yang melihat mereka ini sebagai alternatif kepada BN atau UMNO, bukan kerana ketidakupayaan pakatan pembangkang ini sebaliknya kerana hanya benci kepada BN atau UMNO.

Inilah yang merbahaya. Memilih sesuatu yang sangat teruk kerana benci kepada yang sedia ada. Menjatuhkan pemerintahan Islam kepada pemerintahan yang tidak tentu hala kerana benci.

Inilah yang Allah selalu memperingati kita semua. Jauhkan sifat-sifat buruk ini supaya kita tidak menyesal kelak. 

Dalam hal kalimah Allah ini, Nik Aziz telah flip flop sehingga kini masih tidak ada sesuatu yang boleh membantunya. Dia tertipu dengan permainan Kristian atau Karpal.

Karpal yang bukan Kristian tetapi menjadi champion kepada Kristian dalam isu kalimah Allah.

Nampak sangat Nik Aziz ditarik janggutnya oleh Karpal.

Kalimah Allah: PAS Gagal Mengubah Pendirian Rasmi PR

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan media pada 17 Januari 2013 berpendapat isu kalimah Allah s.w.t telah pun selesai berikutan keputusan Majlis Syura Ulama PAS empat hari sebelumnya menolak penggunaan kalimah suci itu dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Jika Menteri Besar Kelantan itu terus beranggapan sedemikian, namun realiti semasa tidak pun memihak kepada kehendaknya itu sementelah lagi  Pakatan Rakyat (PR) tetap utuh dengan pendirian rasminya yang dicapai pada 8 Januari 2013.

Masih segar dalam ingatan ramai, pada tarikh tersebut PR yang turut dianggotai PAS selepas selesai mesyuarat Majlis Pimpinan gabungan itu telah sebulat suara bersetuju membenarkan kalimah suci Allah s.w.t diguna pakai dalam kitab Bible. 

Malah sehari selepas PR memuktamadkan pendirian mereka, Nik Aziz sendiri menyatakan sokongan terbuka sambil menyifatkan keputusan PR itu akan membuka ruang dakwah Islam kepada penganut agama lain.

Paling penting, persetujuan PR itu juga adalah penegasan ulangan bagi keputusan bersama yang pernah mereka capai pada tahun 2010 yang bukan sahaja disokong oleh PAS, tetapi juga turut dukungan kuat daripada Nik Aziz.

Walaupun sekarang PAS cuba menonjolkan pendirian baru parti itu dengan bersandarkan keputusan rasmi dari Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013, hakikatnya ia tidak pun mengubah pendirian rasmi PR.

Ini bermakna gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan mendesak PAS mematuhi persetujuan bersama sebelum ini mempunyai merit yang tidak boleh dipertikaikan kerana selagi PAS kekal bersama PR, selagi itulah PAS perlu patuh pada keputusan yang telah menjadi dasar rasmi PR.

"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas. Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya," demikian kata pemimpin veteran DAP itu sekaligus menafikan kenyataan awal oleh Mursyidul Am PAS.

Apa yang diperkatakan oleh Karpal itu memang benar. Soal Majlis Syura Ulama PAS telah membuat pendirian berbeza dengan PR tidak pun menjejaskan dasar PR yang secara rasminya telah menyokong penggunaan kalimah suci Allah s.w.t oleh orang bukan Islam untuk dimasukkan dalam kitab Bible.

Disebabkan berpegang teguh pada asas itulah hingga saat ini PR kekal dengan pendirian asalnya, tidak tergugat dengan tindakan drastik PAS yang telah mengubah pendiriannya. Sekaligus membuktikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS tidak memberi sebarang impak dalam menentukan hala tuju gabungan tersebut.

Justeru itu, Nik Aziz mahupun PAS sendiri tidak layak untuk mendabik dada mengumumkan isu kalimah Allah s.w.t telah selesai sepenuhnya. Dan dalam tempoh singkat menjelang PRU 13 ini, isu kesucian kalimah Allah s.w.t yang cuba dinodai PR akan terus menghantui PAS.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates