Selasa, 12 Februari 2013

Kedah semakin PARAH


Kedah Times agak lama dah menulis tentang KUIN. Masalah KUIN yang pada asalnya adalah ditubuhkan untuk mengembangkan pengajian Islam secara lebih sistematik dan terurus. 

Sebab itu adanya Maktab Mahmud disetiap daerah. Ini dicampur lagi dengan SAR yang berada diseluruh pelusuk kampung yang PAS jadikan sarang mereka meracuni fikiran rakyat.

Tapi kerajaan BN waktu fikir mereka perlu dibela dan diberi peluang untuk masuk universiti. Maka KUIN ditubuhkan. 

Selepas itu kampus tetap KUIN perlu disediakan. Banyak tempat telah dicadangkan termasuklah satu kawasan di Jeneri, Sik. Tapi bila PAS memerintah mereka terus memilih Kuala Ketil . Tak tahulah apa rasionalnya.

Kalau di Jeneri, Sik dulu tu, rasionalnya ialah untuk memajukan Jeneri. lagipun kawasan tersebut agak luas dan KUIN boleh berkembang macam UUM.

Deka kerana rakus dengan komisen agaknya, pinjaman yang besar dibuat untuk membina kampus tetap.

Kini kemampuan membayar hutang pihak berkenaan dipertikai. Ini disebabkan dari segi kewangan pihak berkaitan tidak cukup pun duit untuk membayar hutang yang amat tinggi. Untung tahunan pun sedikit, inikan pula nak bayar RM50juta setahun.

Sebab itulah agaknya semua kawasan tadahan di Pedu ditebang. Katu dari sebesar 3-4 pemeluk sehinggalah ke besar lengan ditebang habis. Dijual untuk apa kita tidak tahu. Tapi kalau setakat untuk bayar duit perbelanjaan kerajaan negeri belum tentu cukup. Inikan nak bayar RM50juta setahun!

Amat malang nasib rakyat Kedah. Sudahlah kemajuan dan ekonomi tidak berkembang, hutang berlambak pula.


KEMAMPUAN BDB MEMBAYAR HUTANG KAMPUS KUIN DIPERTIKAI

6 Februari 2013

ALOR SETAR - Pemuda Gerakan Kedah hari ini mempersoal kemampuan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan anak syarikatnya Kedah Sato Sdn Bhd (KSSB) untuk membuat bayaran balik pinjaman bank berjumlah RM330 juta bagi membiayai kos pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata mengikut anggarannya, KSSB dan BDB perlu menjelaskan bayaran kepada bank hampir RM50 juta setahun untuk pinjaman itu, sedangkan keuntungan BDB hanyalah kira-kira RM20 juta setahun.

"Kenapa BDB yang hanya ada modal saham dibayar RM72 juta perlu tanggung hutang untuk projek itu? Bagaimana kerajaan negeri akan bantu BDB untuk bayar balik hutang itu?," katanya pada sidang media di sini.

Katanya pinjaman daripada Bank Islam Malaysia Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad itu dibuat oleh KSSB, dengan BDB bertindak sebagai penjamin korporat.
"Pemilik 100 peratus saham KSSB iaitu BDB telah beri jaminan korporat bagi pembayaran balik pinjaman RM330 juta itu," katanya.

Tan berkata BDB yang disenaraikan di Bursa Malaysia adalah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan milikan sebanyak 55 peratus.

Beliau berkata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak perlu menyelesaikan isu berkenaan.
"Kalau MB kata nak bagi RM50 juta pun saya nak ingatkan baki wang tunai kerajaan negeri Kedah hanya tinggal RM193 juta sahaja manakala baki hutang awam kerajaan negeri sudah cecah RM2.6 bilion," katanya.

Selain itu, Tan mendakwa KSSB juga telah melantik kontraktor lain untuk menyiapkan projek KUIN tanpa tender terbuka. - Bernama

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates