Selasa, 19 Februari 2013

KUIN : Kenyataan Akhbar



Ini kenyataan akhbar yang dipetik dari blog Beritakuin selepas pengumuman Ketua Wanita UMNO Malaysia untuk memberi khidmat guaman percuma kepada staf yang bakal diambil tindakan oleh pengurusan KUIN selepas mereka membuat laporan kepincangan KUIN dalam hal pengurusan gaji mereka kepada Jabatan Tenaga Rakyat.

Inilah akibatnya jika institusi untuk rakyat diletakkan kroni-kroni yang tidak tahu melaksaknakan amanah yang diberikan. Hasilnya sebuah institusi yang bakal runtuh dan menghadapi pelbagai masalah.



Pihak gerakan BERSIH KUIN yang berjuang membela kebajikan kakitangan KUIN mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua masyarakat yang prihatin dan sudi untuk menghulur sebarang bantuan dan pertolongan kepada kakitangan KUIN yang selama ini menghadapi masalah kebajikan yang tidak dipedulikan.

Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang ingin menawarkan khidmat guaman kepada kakitangan KUIN yang bakal dikenakan tindakan disiplin akibat membawa isu kebajikan kakitangan KUIN sehingga ke pejabat Buruh, pihak gerakan BERSIH KUIN mengalu-alukan bantuan tersebut.

Pihak BERSIH KUIN mengalu-alukan ramai lagi  orang perseorangan, NGO, pelbagai pertubuhan dan sesiapa sahaja yang mahu membantu kami bagi menuntut hak-hak kebajikan kami kerana kami sudah membuka pintu rundingan dengan pihak KUIN terutamanya Rektor, Jamil Osman namun keluhan kami langsung tidak diambil peduli.

Kami mengharapkan satu penyelesaiaan yang dapat memberikan kebaikan, kesejahteraan dan kebajikan kepada kami.

Dalam menghadapi pelbagai krisis ini pihak kakitangan telah berusaha mengadakan rundingan dengan Jamil agar dapat diberikan penjelasan untuk penyelesaian kemelut namun Jamil langsung tidak mengendahkan semua tuntutan kakitangan. Berikut disenaraikan tindakan yang telah dilakukan kakitangan :


Awal Mei 2012

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), sebuah jawatankuasa yang mewakili semua lapisan kakitangan pelbagai gred  jawatan telah bermesyuarat dan bersetuju untuk mengemukakan memorandum tuntutan penyelesaiaan hal berkaitan kebajikan KUIN kepada Rektor KUIN.

14 Mei 2012 

Pihak wakil kakitangan KUIN telah bertemu dengan YAB MB Kedah di Kediamannya di Jalan Sultanah jam 8.50 malam. Seramai 6 orang kakitangan KUIN menyertai pertemuan tersebut bagi menjelaskan isu yang sebenar yang berlaku di dalam KUIN.

20 Mei 2012

Pihak kakitangan menerusi MBJ telah pun mengemukakan surat dan memorandum tuntutan penyelesaian hal berkaitan kebajikan KUIN . Memorandum tersebut disampaikan kepada Rektor KUIN dan di buat salinan kepada pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah KUIN dan ahli Mesyuarat Tertinggi KUIN.

30 Mei  2012

5 orang wakil kakitangan KUIN Mohamad Azki, Sajiah, Tawfek, Asri dan Arif telah mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN pada jam 12.30 pm, namun dalam petemuan tersebut Jamil hanya ingin bertemu dengan seorang wakil sahaja iaitu Mohamad Azki. Dalam pertemuan tersebut Jamil memandang dingin terhadap isu yang dikemukakan di dalam memorandum sebaliknya banyak menyoal tentang 'validility', bahkan selepas perjumpaan dilakukan pada jam 4.00 petang Mohamad Azki terus ditukar Jabatan Pembangunan Kuala Ketil melalui surat pertukaran yang ditandatangani oleh Rektor.

19 Jun 2012

Memorandum kedua telah diserahkan kepada YAB MB Kedah melalui YB Taulan ketika merasmikan Majlis Perasmian Budaya Kualiti KUIN di Dewan KUIN

20 Jun 2012

Memo telah ditulis kepada Rektor agar segera mengadakan perjumpaan dengan semua kakitangan KUIN bagi menjelaskan isu yang berbangkit namun sehingga kini Rektor KUIN langsung tidak memberi tindak balas dan respon terhadap perjumpaan tersebut.

26 Jun 2012

Disebabkan tempoh sebulan yang diberikan kepada Rektor KUIN untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji yang tidak dibayar KUIN kepada pihak ketiga walaupun gaji dipotong di dalam slip gaji , maka beberapa kakitangan KUIN membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

28 Jun 2012

Pihak kakitangan kemudian melakukan rundingan dengan menjadikan pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah sebagai orang tengah terhadap kes sebahagian kakitangan KUIN yang di tamatkan perkhidmtaan tanpa mengikut prosuder yang sah.

6 Disember 2012

20 orang kakitangan membuat laporan Polis di IPD Kota Setar ke atas pecah amanah Jamil menguruskan kewangan dan potongan gaji kakitangan KUIN

6 Februari 2013

Seramai 20 kakitangan KUIN mengiringi beberapa kakitangan KUINmembuat aduan di Jabatan tenaga Kerja bagi memohon agar diselesaikan isu kebajikan KUIN mengenai pembayaran gaji, pemotongan gaji dan tonggakan ke Bank yang tak dibayar KUIN walaupun pemotongan di dalam slip gaji telah dilakukan.

Desakan Jamil meletak jawatan bukanlah kali pertama , bahkan pada 19 Februari 2012 , pelajar-pelajar KUIN pernah berhimpun di hadapan wisma darulaman bagi mendesak Jamil melepaskan jawatannya. Kain rentang panjang juga direntang di hadapan wisma melaungkan slogan ‘Jamil letak jawatan rektor’.

Warga KUIN yang rata-ratanya sudah tidak mahu Jamil menjadi Rektor KUIN mengharap agar Menteri Besar Kedah juga bertanggungjawab dan mengambil tindakan memecat Jamil sekiranya Jamil masih tegar dan enggan melepaskan jawatannya sebagai Rektor.

16 Februari 2013

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates