Khamis, 21 Februari 2013

KUIN Lubuk UMNO?




KENYATAAN AKHBAR

Kami SELURUH kakitangan KolejUniversiti INSANIAH (KUIN) sangat kesal di atas dakwaan  YAB Menteri Besar Kedah bahawa kakitangan KUIN yang memperjuangkan hak dan kebajikan kakitangan sebagai ejen UMNO tanpa sebarang bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan melulu beliau. Ketika Negeri Kedah di bawah pentadbiranKerajaan BN, KUIN didakwa sebagai lubuk PAS sehingga mengakibatkan pentadbiran negeri menjadi milik PAS melalui PRU12-2008.

Apakah alasan yang membuktikan bahawa kakitangan INSANIAH adalah ejen  UMNO? Seorang muslim mukmin adalah berdosa menuduh tanpa bukti.  Bertaqwalah kepada Allah dalam mengeluarkan kenyataan.

Sepatutnya sebagai seorang Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN, mengambil pendekatan bersikap terbuka dan berlapang dada dengan menubuhkan jawatankuasa siasatan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan KUIN sehingga menimbulkan keadaan yang sangat kritikal sekarang.

Sebagai seorang yang berkuasa di Negeri Kedah, Menteri Besar hendaklah bersikap adil bagi memastikan pentadbiran yang berslogankan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua dilaksanakan dengan secara menyeluruh supaya tiada rakyat yang teraniaya disebabkan Kerajaan Negeri terlepas pandang.

Menteri Besar tidak sepatutnya mengamalkan dasar menutup pintu dengan tuduhan melulu tanpa berlapang dada untuk mendengar rintihan kakitangan yang mendakwa dianiayai dan dinafikan kebajikan sehingga masalah dalaman KUIN terus menimbulkan kerumitan.

YAB sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah INSANIAH tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan media bahawa YAB Dato Seri enggan ambil tahu isu KUIN bagi mendengar serta menyelesaikan perkara ini sehingga menyebabkan kehidupan kami sekalian menjadi sukar dan menyulitkan.

Sehubungan itu saya bersama rakan-rakan mewakili seluruh kakitangan KUIN pada hari ini tampil untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah agar lebih professional di dalam menangani kemelut dan krisis KUIN yang teramat kritikal.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataanseperti:

1. Menuduh kakitangan KUIN yang menggunakan saluran yang betul ke JabatanTenaga Kerja untuk menuntut hak dan kebajikan yang diabaikan oleh KUIN di bawah pentadbiran Dr Jamil Osman, Rektor KUIN dengan tuduhan politik kotor sebagai ejen UMNO.

2. Mengeluarkan kenyataan bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah tidak mahu mengambiltahu dan peduli terhadap permasalahan yang berlaku di KUIN.

3. Mengarahkan kakitangan yang dianiayai KUIN meninggalkan KUIN dan mencari kerja di tempat lain.

Sepatutnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah perlu bertindak sebagai lebih professional sebagai orang tengah bagi mengkaji, menyisat dan menyelesaikan masalah dalam KUIN yang berlarutan hampir 4 tahun, bukan dengan mengheretkakitangan KUIN kedalam kancah politik.

Sewajarnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah perlu menubuhkan satu jawatankuasa bebas dan telus untuk menyiasat punca utama bagi menyelesaikan masalah dalaman KUIN.

Selain bantahan yang telah saya sebutkan tadi , di dalam memorandum ini juga kami senaraikan sebahagian masalah serta isu kebajikan  yang kami di hadapi dan tuntutan yang dikemukakan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar seperti :

      i) Isu kebajikan yang melibatkan kenaikan gaji, bonus, potongan yang tidak dibayar kepada 
         pihak ketiga,

     ii) Isu pemalsuan dokumen rasmi KUIN yang diarahkan oleh Rektor Dr Jamil untuk digunakan 
        di Mahkamah Tinggi Alor Setar semata-mata berhadapan isu saman hutang KUIN.

4. Kewujudan anak-anak syarikat KUIN yang langsung tidak mendatangkan keuntungan bahkan sebaliknya mengambil wang peruntukan Kerajaan yang diberikan untuk tujuan operasi KUIN.

     i)  Korapsi pentadbiran Dr Jamil, Rektor KUIN yang tidak langsung melambangkan pentadbiran Islam.

     ii) Pencapaian gred Tier 4 daripada pihak Kementerian PengajianTinggi untuk SETARA 2011 yang 
       dipersoalkan penuh dengan penipuan dan peniruan.

Yang Benar ,

19 Februari 2013

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates