Rabu, 6 Februari 2013

KUIN Tidak Lestari


Seperti yang kita semua ketahui KUIN menghadapi pelbagai masalah. Masalah dengan staf, masalah dengan pelajar, masalah dengan pengiktirafan ijazah Qurannya, masalah dengan vendor, masalah dengan landlord dan juga masalah dengan anak syarikat yang berniaga dengan KUIN.

Semua ini membawa kepada kekalutan dalam pentadbiran KUIN. Kini KUIN dimasukkan ke dalam senarai institusi yang perlu disemak kelestariannya. 

Mungkin terlalu banyak masalah yang timbul atau komplen yang diterima, maka KUIN perlu diberi perhatian. Yang peliknya, masalah ini timbul apabila PAS mengambilalih kerajaan negeri. 

Apakah semua ini disebabkan oleh terlalu banyak kroni-kroni PAS dalam pentadbiran KUIN?


9 IPTS akan jalani semakan kelestarian
31/01/2013 2:24pm

CYBERJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi mengenal pasti sembilan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bakal menjalani semakan kelestarian tahun ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

IPTS tersebut ialah Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Malaysian University of Science and Technology, AIMST University, Twintech University College of Technology, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Linton University College, Kuala Lumpur Metropolitan University College dan Lincoln University College.

Beliau berkata, semakan kelestarian itu merupakan satu "pemeriksaan kesihatan” ke atas IPTS untuk memantau pentadbiran dan penawaran perkhidmatan serta program yang ditawarkan.

“Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS akan melakukan semakan kelestarian ini yang dijangka bermula bulan Februari ini.

“Terpulang kepada jawatankuasa ini bila selesai kajian tersebut. Tindakan (semakan kelestarian) akan dibuat oleh Sektor IPTS kementerian,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Universiti Malaysia of Computer Science and Engineering (UniMy) di sini hari ini. - BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates