Khamis, 28 Februari 2013

Marilah mari, kita mengundi


PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA 

Anda layak untuk memohon untuk mengundi secara pos dari luar negara sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat seperti yang berikut:

Anda layak untuk memohon untuk mengundi secara pos dari luar negara sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat seperti yang berikut:

a) Warganegara Malaysia

b) Pemilih berdaftar


c) Menetap di luar Negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia

d) Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.

Anda perlu menghantar Borang 1B kepada Ibu Pejabat SPR melalui cara seperti yang berikut;

a) melalui emel kepada upup@spr.gov.my ; atau

b) melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202 / 1187 / 1192 ;atau

c) melalui pos ke alamat;

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Aras 4-5, Blok C7, 
Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 Putrajaya 
(Attn : Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

Anda perlu menentukan kepada SPR Pejabat Pewakilan Malaysia di luar negara untuk menerima Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi.
Permohonan untuk mengundi secara pos diterima oleh SPR dalam tempoh bermula pada 21 Januari 2013 hingga kepada tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa

Sila lihat contoh untuk mengisi Borang 1B


Sila lihat Soalan lazim (Q&A) berhubung dengan pengundian pos dari luar negara

7 comments:

1 Melayu berkata...

Salam rakan rakan KT,salam untuk rakan rakan penuntut diluar negara terutama sekali di Mesir,Jordan,Arab Saudi,Yemen,Pakistan,India,Indonesia,Jepun,Korea,Australia,United Kingdom,Eropah dan Amerika Syarikat,jangan lepas peluang untuk mengundi dan menentukan masa hadapan anda.

Daftar segera dengan www.spr.gov.my untuk menjadi pengundi pos luar negara.Kami di KT amat menghargai undi anda,satu undi amat bermakna kepada hidup mati sebuah negara,agama dan bangsa.

Arya Teja berkata...

Salam.
Tuan minta pautan(LINK) blog http://revolusifikiran.blogspot.com dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam senarai BLOG POLITIK HANGAT. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai gambar-gambar dan fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama tuan.

burungmerbok berkata...

nak daftar bleh x?
kalau bleh nak jadi pengundi hantu...
dengar kata depa bagi duit...
menang punya pasai...
taboq duit mai sini sikit....

abuarif berkata...

burung merbok dok ckp tak dal fakta dan bukti.,.,.,itu kerja budak busukl hati.....dapat dosa free saja,,,,,,,,,

1 Melayu berkata...

Mengikut satatistik SPR dah lebih 5,000 orang telah daftar sebagai pengundi pos luar negara.Penuntut seramai 2400+ dan rakyat Malaysia serta pegawai kerajaan yang bertugas diluar negara seramai 2,600+,ini petanda baik dan puak puak pecacai Ambiga tak boleh pertikai lagi,SPR memang efficient dan telus.

Tanpa Nama berkata...

Ya allah, selamatkan malaysia tercinta ini dari tangan2 rakus puak syaitan yg dikenali.... aminnnnn...

Laksmana Tuah berkata...

Salam Bro...

Minta tolong link blog saya di sini boleh?
http://tegurkeranasayang.blogspot.com

Thanks bro...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates