Jumaat, 8 Februari 2013

MB Kedah Tidak iktiraf kewujudan Jabatan Hutan Kedah

Jabatan Perhutanan Kedah adalah agensi yang menjaga dan menguruskan hutan-hutan di Kedah. Hutan yang digazetkan sebagai kawasan simpanan atau tadahan adalah sama sekali tidak dibenarkan apa-apa jua aktiviti berkaitan penebangan dan sebagainya.

Malah jika rakyat menebang pokok untuk sebarang aktiviti pun bakal dikenakan denda.

Dalam kes hutan disekitar kawasan Pedu ini, Jabatan Perhutanan Kedah sama sekali menolak sebarang pembangunan dilakukan. TETAPI kerajaan PAS Kedah tetap berdegil untuk meneruskan pembangunan. Kerana tujuan utama ialah balak yang lumayan.

'Hutan simpanan ini disimpan oleh kerajaan BN untuk kerajaan PAS', kata mereka.
Malah dalam mesyuarat bersama Exco Kerajaan negeri, Jabatan Perhutanan Kedah sama sekali tidak bersetuju dengan pembangunan tersebut.

Jabatan Alam Sekitar pula mengesahkan yang banyak perlanggaran syarat alam sekitar dilakukan disebalik keputusan kerajaan PAS Kedah membenarkan kawasan Pedu yang diwartakan sebagai kawasan tadahan.

Hasil siasatan jabatan tersebut bakal di bawa kepada Peguam Negara.

Inilah salah satu musibah yang diturunkan Allah kepada mereka yang merosakkan ciptaanNya secara rakus dan tidak terkawal.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates