Selasa, 5 Februari 2013

Nafsu Pemimpin PAS memang Kuat


Sepertimana yang kita ketahui, telah banyak cerita benar yang didedahkan tentang betapa tingginya nafsu pemimpin-pemimpin PAS.

Nafsu mereka yang paling tinggi ialah KUASA. Mereka sentiasa dahagakan kuasa. Sehinggakan sanggup memperalatkan Islam demi kuasa.

Pemimpin-pemimpin PAS juga tinggi Nafsu seksnya. Ramai yang gila kawin bini muda tapi tak sara bini-bini mereka dengan baik.
Mereka juga bernafu dengan harta benda. Kononnya mengaku pejuang, tetapi mereka sentiasa mengejar harta rampasan. Sehinggakan gunung menjadi gondol. Duit derma seperti tabung Memali, kohilal habid mereka sapu.

Tak kurang pulak yang gila nak naik Ferrari, Lamboghini dan sebagainya.

Mereka sebenarnya bukanlah pejuang agama Islam, sebaliknya syaitan-syaitan yang bertopengkan alim ulama!

Pemimpin PAS Salah gunakan Permit Import Kereta

Heboh diperkatakan dalam dunia maya tentang ADUN PAS bagi kawasan Sanglang merangkap Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin yang didakwa memiliki sebuah kenderaan mewah iaitu Porsche Cayman dengan nombor pendaftaran WWF 3000.

Isu ini mula hangat dipetik dalam dunia blog apabila ada pihak yang mengesahkan wujudnya dua saman perangkap had laju dalam sistem penguatkuasaan automatik (AES) terhadap kenderaan yang didakwa didaftarkan atas nama pemimpin PAS tersebut.

Setelah tertekan dengan kecaman yang datang dari kiri dan kanan, Ustaz Hashim Jasin akhirnya mengakui bahawa kereta tersebut memang didaftarkan atas nama beliau, namun ianya adalah milik anak beliau, dan dibeli dengan harga sekitar RM100,000 sahaja menggunakan permit import (AP) yang diperuntukkan kepada beliau sebagai seorang wakil rakyat.

Ramai orang mempersoalkan kenapa permit import yang diperuntukkan kepada beliau digunakan untuk membeli sebuah kereta yang bukan milik beliau? Wajarkah anak beliau, sebagai seorang ahli perniagaan, menyalahgunakan hak bapanya untuk bergaya dengan sebuah kereta mewah sedangkan ahli perniagaan itu bukan ADUN yang telah dipilih oleh pengundi-pengundi DUN Sanglang?

Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa pemimpin PAS tersebut telah menyalahgunakan hak dan keistimewaan yang diberikan kepadanya demi kepentingan kroni dan keluarga. Adakah hanya kerana Ustaz Hashim Jasin seorang pemimpin PAS, penyokong-penyokong Pakatan akan mendiamkan diri?

Persoalan kedua yang dipertikaikan ramai pemerhati adalah berkenaan pengakuan Ustaz Hashim Jasin yang berkata kereta tersebut hanya dibeli pada harga RM100,000 menggunakan Permit Import sedangkan kita maklum bahawa potongan cukai untuk AP hanyalah RM60,000 sahaja.

Hasil penyelidikan harga kereta mendapati bahawa model Porsche Cayman keluaran 2007 berharga antara RM218,000-RM230,000 seunit sementara untuk model keluaran 2009 pula berharga antara RM280,000-RM320,000. Setelah ditolak potongan cukai RM60,000 tersebut, tidak mungkin dakwaan Hashim Jasin bahawa kereta tersebut dibeli dengan harga sekitar RM100,000 adalah benar.

Apa yang lebih menggelikan hati lagi, kita semua sedar betapa pihak pembangkang sering mencemuh kerajaan kerana isu AP sejak dahulu lagi. Namun, apa yang berlaku sekarang jelas menunjukkan bahawa mereka juga mengambil kesempatan ke atas keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan sebagai balasan ke atas perkhidmatan yang mereka berikan kepada rakyat jelata.

Sampai bilakah PAS, atau mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat akan mula cakap serupa bikin? Tuhan saja yang tahu.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates