Selasa, 12 Februari 2013

PAKLONG (Artis Kedah) "Selagi Ada Rindu" yang sporting ! DARI PENTAS PAKATAN ke PENTAS MESRA BN ... Terbaek lah lu Paklong !!

Selalunya Kedah Times (KT) dok perhati dan dok tengok artis kelahiran Kedah sorang ni (yang fofular dengan lagu Selagi Ada Rindu & Cinta Pantai Merdeka ciptaannya) seringkali memenuhi jemputan di majlis-majlis ceramah Pas khususnya dan Pakatan Rakyat amnya. Sehinggakan beliau seakan-akan di chop sebagai antara ARTIS PRO-PAKATAN RAKYAT oleh peminat-peminatnya , termasuklah peminat2 Ustaz Azhar Idrus berjanggut panjang tu ... heheee pendek kata, artis MESRA PR punya orang la ni !! ...

Kalau tak caya? cuba anda tanya Pakcik Google mengenai artis bernama PakLong ni ... cer anda taip PAKLONG SELAGI ADA RINDU+PAKATAN RAKYAT , sudah pasti korang akan jumpa video promonya yang mempromosikan Tahun ke-3 Kerajaan Kedah Sejahtera . hehe ... Apapun, yang KT pasti , kebanyakkan persembahannya berlaku di pentas-pentas ceramah mahupun majlis Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lebih menarik, Kedah Times agak teruja untuk mengkhabarkan kepada anda semua di sini (di samping KT memberi promosi berterusan) kepada artis Anak Kedah sorang ni , bahawa PakLong ini juga telah menyerikan perhimpunan / Rali Selamatkan Bumi Kedah #SAVEKEDAH yang berlangsung di Tasik Pedu Sabtu lepas !

Tak banyak laporan berkenaan persembahan PakLong di Rali #SAVEKEDAH tu dipaparkan oleh blogger-blogger BN maupun PR , maka KT mengambil inisiatif untuk melaporkannya di sini. Demi masa depannya dan membantu karier seni anak Kedah ini juga ... Memang sedap lagu-lagu ciptaan Paklong ni, buktinya kumpulan rock KRISTAL juga turut menyanyikan lagu ciptaan Paklong ! ... Hebat,kan?

Oleh itu, dipaparkan gambar-gambar Paklong beraksi dan membuat show-nya di atas pentas Rali Selamatkan Bumi Kedah #SAVEKEDAH tempohari. BRAVO PAKLONG ! Lu memang sporting la bro! Jangan sampai puak PAS kasi "pancung" sama lu pulak lepas ni sebab lu dah naik atas pentas yang pro-kerajaan Dato Najib ni.

Kami di KT doakan harap2 lu selamat dunia akhirat, PakLong ! daripada anasir-anasir jahat yang tak senang tengok orang bermesra dengan BN , semuanya diorang akan chop sebagai musuh ... dan puak tu memang GILA sejak berkawan dengan PKR & DAP!
Thumbs up juga kepada penganjur #SAVEKEDAH yang membawakan artis-artis seperti Paklong & Zainal Abidin HIJAU tempohari !!

Paklong & Zainal siap pakai baju merah penganjuran "PAKAI OTAK LA !" ... lu memang bravos !!

Paklong sewaktu rehearsal & sound check sebelum majlis bermula

Paklong bersama Paktam Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu sewaktu test sound sejurus sebelum majlis bermula ... Paklong dah tukar baju !

Show Paklong sudah bermula

Pemandangan menarik , selalunya latar belakang show Paklong adalah bendera cap panadol , roket buruk dan mata syaitan buta , tapi kali ini bendera biru cap dacing yang adil & saksama .... hebat derrr !

Lagi gambar Paklong dinaungi bendera cap dacing ... jangan mareee aaaa !!!

Berkibar megah bendera cap dacing kat Rali #savekedah tu ! Persembahan & ceramah di bawah panas terik mentari (orang kedah kata : tengah hari rembang, panaih lit-lit !)

Zainal Abidin penyanyi lagu HIJAU pun turut menyerikan majlis ... thumbs up !

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

kenapa semasa umno bn memerintah kedah bukit bukau ditarah semak samun dibakar tanah dirampas dan dijual pak long dan rakan rakan paklong tak buat demo haru biru ......sebab tak masyuuuk.......poket kosong daa........

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates