Selasa, 19 Februari 2013

PAS Dipijak DAP


ISU Kalimah Allah menyebabkan sebahagian ahli Pas tidak lagi segan-silu atau takut-takut untuk bersuara.
Renungkan dan nilaikan gambar-gambar yang tertera di ruangan ini. Mungkin mereka saudara terdekat atau jiran sebelah rumah anda.

Kelantangan ahli Pas terhadap isu sensitif ini disuarakan atas platform badan bukan kerajaan (NGO) atau bertindak dengan kudrat sendiri menganjurkan perhimpunan aman di merata-rata pelosok negeri.

Isu yang mula-mula sekali dicetuskan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu itu benar-benar meletakkan Pas dalam keadaan tersepit - antara agama dan politik.

Pas sendiri tidak dapat menahan ahlinya memijak bendera DAP. Malah, terdapat laungan agar Pas keluar dari pakatan pembangkang.

Semua ini gara-gara keputusan bercanggah antara Majlis Presiden pakatan pembangkang dengan Pas diwakili presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu dan keputusan Majlis Syura Ulama yang turut dianggotai Abdul Hadi, tiga hari kemudian.

Beberapa insiden himpunan membantah 'lambungan isu kalimah' itu oleh Guan Eng itu dikesan di Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Selangor termasuklah di Kelantan.

Perkembangan itu membimbangkan. Seolah-olah ada perkara besar yang berlaku dalam Pas yang mana pengikutnya tidak tahu. Walaupun ada kenyataan daripada pemimpin Pas menuduh semua mereka yang terlibat bukan ahli Pas, tetapi peliknya kenapa tidak ada tindakan susulan Pas seperti membuat laporan polis atau apa sahajalah.

Dan tambah menghairankan lagi ialah apabila pemimpin tertinggi Pas pula mengambil keputusan untuk menutup mulut - dengan membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan 'DAP menang tetapi Pas enggan mengaku kalah'. Seakan-akan Pas mengambil keputusan untuk 'tidak mengambil keputusan'.

Kita maklum sangat, bahawa Pas dan DAP sudah menjadi satu. Iaitu, 'jika dicubit paha kanan, paha kiri terasa juga'.

Namun, sikap inilah membuatkan rakyat tertanya-tanya. Apa kesudahannya? Sampai bilakah penyokong Pas akan berdemo membantah DAP dan tidak dipedulikan? Apa yang mereka harap akan diperoleh dari 'keletihan' memijak bendera DAP?

Pas sebenarnya bernasib baik kerana ada orang seperti Datuk Harun Taib dan Datuk Dr. Haron Din yang terus konsisten mempertahankan pendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Tetapi ramai tidak fikir kedua-dua pemimpin Pas ini berada dalam keadaan selesa kerana kedua-duanya sering dilihat sehaluan dengan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa yang dipecat dari Majlis Syura kerana ketegasannya mempertahankan prinsip perjuangan Pas.

Cuma, apa yang meresahkan pemimpin Pas kini ialah gelodak di peringkat akar umbi semakin ketara apabila ada penyokong menganggap masanya sudah tiba untuk mereka memberikan mesej yang jelas kepada kepemimpinan parti itu.

Selama ini, ahli Pas bersabar apabila kepimpinan parti tetap mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP biarpun mereka lihat ia lebih banyak rugi daripada untung.

Tetapi kali ini mereka tidak boleh bersabar lagi.

Ini apabila Pas sudah semakin hilang punca dengan menggadaikan segala-galanya demi mencapai cita-cita politik kedua-dua parti itu.


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

PAS dipijak DAP bukan la satu cerita kerana PAS sememangnya KULI BATAK kepada DAP. tetapi adalah menjadi satu BERITA dan CERiTA hangat kalau DAP yang dipijak atau diarah oleh PAS buat itu ini....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates