Jumaat, 8 Februari 2013

Pembersihan Pedu: Apa kata MB kedah





Untuk menjustifikn kerakusan mereka merembat balak, MB mengeluarkan pelbagai alasan demi mempertahankan perbuatan mereka. 

Yang menerima akibatnya adalah rakyat hasil dari ketidakcekapan pemerintah yang hanya nampak balak sahaja yang mendatangkan duit. Sumber lain yang tidak memusnahkan alam sekitar tidak diterokai sepenuhnya.

1. 25 Disember - MB Azizan mendakwa kerajaan negeri melaksanakan projek di kedua-dua kawasan berkenaan (Inas dan Pedu) mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. 

Sebaliknya beliau tetap berkeras untuk meneruskan aktiviti-aktiviti tersebut di Pedu dan Inas walaupun Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengarahkan semua kegiatan tersebut dihentikan segera.

Katanya yang pihak Kerajaan Negeri tidak akan mengorbankan projek tersebut semata-mata untuk menunggu laporan Penailaian impak Alam Sekitar (EIA) yang baharu siap kerana projek mereka telah berjalan.

2. 31 Disember -Disebalik bantahan orangramai yang kerajaan negeri tidak pernah endahkan, MB memberitahu bahawa kerajaan PAS negeri Kedah merancang untuk meneroka 1000 hektar hutan lagi untuk projek mereka.
Keputusan ini telah diluluskan dalam mensyuarat exco kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan Kedah telah memaklumkan kepada nya yang mereka sedang mengenal pasti kawsan yang terlibat di sekitar negeri Kedah.

Dalam mewajarkan tindakan berkenaan, MB mendakwa yang langkah mereka selaras dengan keputusan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang mahukan Kedah menjadi jelapang makanan negera.
Peliknya kenapa hutan rimba ditebang untuk menjadikan Kedah Jelapang makanan, walhal banyak tanah sawah atau kosong yang masih terbiar diserata Kedah yang boleh dipulihkan.

Nampak sangat Balak adalah tujuan utama. 

Inilah yang dinamakan Pemerintah yang hanya pandai bercakap tetapi bijak memusnahkan apa yang ada. Tidak ada idea baru untuk mencari pendapatan selain merembat apa yang disimpan.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates