Selasa, 19 Februari 2013

Phahrolrazi sedia jadi MB Kedah : BENCI SUNGGUH GENG PAS KAT AZIZAN MB KEDAH YA !??...

Berita Panas-Panas : Dari Web ASTRO AWANI , menunjukkan PAS KEDAH sememangnya amat teruk bergolak !!! Kata buat kerja cara Islam !?? Lagu ni ka ??

Phahrolrazi sedia jadi MB Kedah

Phahrolrazi sedia jadi MB Kedah
ALOR SETAR: Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi sedia menggalas tanggungjawab menjadi Menteri Besar sekiranya PAS berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13.



Walau bagaimanapun, beliau menegaskan pendirian tidak akan melobi atau berkempen untuk jawatan itu menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Ada juga kumpulan yang berpendapat sedemikian (sesuai jadi calon MB untuk PAS di Kedah). Saya tidak akan meminta tetapi saya sentiasa bersedia," kata Phahrolrazi dalam satu pertemuan dengan Astro AWANI di Alor Setar.

Persada politik Kedah menjelang PRU-13 diselubungi khabar angin bahawa Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak akan mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar atas faktor kesihatan.

Khabar angin itu mencetuskan tanda tanya mengenai siapa pengganti Azizan sekiranya PAS berjaya mengekalkan kuasa di negeri itu.

Phahrolrazi enggan mengulas lanjut mengenai cakap-cakap politik itu namun beliau berpendapat Menteri Besar mestilah seorang yang sihat.

"MB ibarat kenderaan. Sekarang ini kenderaan sudah ada enam silinder. Kalau kenderaan kita masih tiga silinder, kita tiada keupayaan untuk laju pasti kita akan ketinggalan di lebuhraya," ujar beliau.

Phahrolrazi juga memberi jaminan akan akur dengan keputusan PAS Pusat mengenai calon Menteri Besar bagi Kedah.

"Tetapi saya yakin, PAS pusat akan mengambil kira realiti di bawah dalam membuat sebarang keputusan," jelas beliau.

ADUN Pengkalan Kundur itu pada Februari tahun lalu terjebak dalam kontroversi selepas berkrisis dengan Azizan.

Menteri Besar itu pada mulanya tidak menyenaraikan beliau dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh dalam senarai Exco kerajaan negeri yang angkat mengangkat sumpah jawatan.

Keadaan itu menyerlahkan pergolakan dalaman parti itu sehingga memaksa campur tangan PAS Pusat.

Phahrolrazi dan Dr. Ismail kemudian disenaraikan semula dalam barisan Exco.


Read more at: Astro Awani

TQ Kepada seorang sahabat VVIP di Utara yang minta update news ni ... (Admin KedahTimes)

4 comments:

1 Melayu berkata...

Paluan perang kem Phahrolrazi telah bermula ! nak jadi MB kena sihat,nak jadi MB kena ada 6 silinder dan bukan 3 silinder,nak jadi MB kena pecut laju kalau tidak kita akan ketinggalan jauh dibelakang.Itu antara serangan peluru hidup pertama terhadap kepimpinan Dato Seri Azizan Razak oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah.

Belum sempat Dato Seri MB Kedah membuat sebarang pengumuman,musuh musuhnya sudah mula tembak bukan dengan senapang kapor tetapi dengan senapang gajah.Berita diterima mengatakan YB Dato Mahfuz @Mr Bean pun telah mula kumpul jentera dan soldadu perangnya,begitu juga dengan YB Ir Dato Amiruddin pun dah mula berperang dengan YB Ir Dato Phahrolrazi.

Sekarang telah terdapat 4 kem yang sama sama kuat untuk berperang sesama sendiri,siapa yang bakal mati dan tersingkir ? kita tunggu dan lihat !

1 Melayu berkata...

Pagi tadi 1 Melayu terjumpa dengan seorang mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,dia mengatakan MB Azizan bagi tahu dia bahwa MB azizan dok mengeluh berkenaan perangai EXCO EXCO Negeri Kedah yang dah tak dengar cakap dia lagi,macam macam gelagat buruk ditunjukan oleh EXCO EXCO yang dok gila nak jadi MB.Azizan kata dia tak boleh tidur dalam bilik sebab terlalu panas memikirkan perangai budak budak gila kuasa ni dan dia terpaksa tidur diatas sofa di ruang tamu saja.Azizan kata lagi kalau macam ni lebih baik dia serah balik kepada UMNO.

AloQStaQ berkata...

Ha Ha ! Haji Azizan kena 3 silinder dengan Phahrolrazi macam tu ja !! apa punya terok la puak-puak PAS KEDAH ni, semuanya pakat nak jawatan MB, sampaikan Phahrolrazi tu terkedepan menyebut menagih jawatan dari seorang MB yang masih lagi bernyawa ! bukannya MB kedah sekrang ni mati atau letak jawatan ! MASEH BERNYAWA ! Tapi dah bagitau siap2 dah nak ganti yang 3 selender punya MB ! DEPAN-DEPAN HANG BUBUH ORANG TUA TU NOOOOO PHAHROL ! Sampai ati hang buat orang tua tu lagu tu ! Nayaaaaaaa Nayaaaaaa !!!

1 Melayu berkata...

Terdapat juga maklumat mengatakan yang ada dikalangan Pemimpin PAS Kedah telah menemui towkay towkay untuk mengumpul dana Pilihanraya Umum dan dana pilihanraya parti.Tak ada duit tak boleh menang dan depa pi belajar dengan Pak Sheikh macam mana nak kumpul duit semasa berkuasa,tengok Pak Sheikh sekarang dia tak heran langsung pasai wang.Batuk saja berapa hendak dan dia akan bagi tapi bersyarat,jawatan Perdana Menteri aku punya.

Ada juga maklumat mengatakan terdapat beberapa orang kuat PAS telah menghubungi NGO NGO Antarabangsa untuk mendapat bantuan dana untuk pilihanraya umum dan pilihanraya parti.NGO NGO ini memang terkenal memberi bantuan kepada NGO NGO tempatan untuk kononnya meyubur demokrasi dan Hak Asasi manusia tetapi sebaliknya mereka mahu menakluk negara ini melalui proksi.

Perbuatan terkutuk ini cukup memalukan Agama dan Bangsa.Renung renungkanlah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates