Selasa, 12 Februari 2013

Rali # Savekedah


KUALA NERANG 9 Feb. – Kira-kira 10,000 orang termasuk pelajar, belia dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di Charuk Batang Padi, Tasik Pedu bagi melihat sendiri keadaan kawasan gondol akibat pembalakan berleluasa.
Kerajaan negeri Kedah bagaimanapun memberi alasan pembalakan itu bertujuan membina ladang rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, Datuk Mahdzir Khalid berkata, masyarakat dapat melihat sendiri apa yang berlaku di kawasan hutan hujan itu, yang dahulunya kawasan hijau sebelum digondol, adalah demi kepentingan kerajaan negeri.
“Sepanjang pentadbiran lapan Menteri Besar Barisan Nasional (BN) di Kedah, belum pernah berlaku penggondolan di kawasan itu.
“Ini adalah kawasan sensitif kerana ia berhampiran dengan Tasik Pedu.
Kawasan hutan ini adalah hutan hujan bernilai tinggi, mana-mana MB pun tak pernah ambil balak di kawasan ini kerana ia adalah kawasan tadahan hujan,” katanya kepada pemberita pada majlis “Rali Selamatkan Bumi Kedah” hari ini.
“Tahun lepas kita lihat Putera William dan isterinya pergi ke Lembah Danum, Sabah bagi melihat keindahan flora dan fauna di situ. Itu membuktikan bahawa kawasan hutan dapat menarik pelancong asing dan mereka sanggup bayar berapa sahaja untuk masuk hutan dan menghayati alam sekitar,” katanya.
Mukhriz berkata, ladang rakyat cuma alasan kerajaan negeri, kononnya mahu menarik pelancong dan mereka sanggup menebang pokok tualang, kapas dan lain-lain yang bernilai tinggi bagi menjana pendapatan negeri.
Sementara itu, wakil pelajar Nur Azwa Syazwani Awang Besar, 18, berkata, masyarakat seharusnya menjaga alam sekitar dengan penuh kasih sayang kerana ia khazanah negara.
“Apabila pembalakan berlaku secara berleluasa, apa akan jadi pada flora dan fauna. Bukan hanya hidupan hutan sahaja yang terjejas tetapi masyarakat juga terkena tempias,” katanya. – BERNAMA








0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates