Sabtu, 9 Februari 2013

SELAMATKAN BUMI KEDAH


Aktiviti #SAVEKEDAH kali ini ialah Rali Selamatkan Bumi Kedah di Tasik Pedu pada 9 Februari 2013 Jam 10 Pagi.

Tujuan ialah untuk menyedarkan rakyat Kedah khasnya, Malaysia amnya, betapa rakusnya kerajaan PAS Negeri Kedah meratah hutan simpanan di Pedu.

Hasilnya, takungan air di Tasek Pedu sudah tercemar. Kawasan sekitar sudah merasai bahana dengan cuaca semakin panas, air yang semakin tercemar, dan persekitaran yang sudah dikotori. Tidak lupa juga penapisan ke atas toksik sudah tiada terutama kencing tikus kerana pokok-pokok serta hutan yang menjadi penapisnya sudah diratah Kerajaan Negeri bawah PAS.

Datanglah beramai-ramai untuk melihat sendiri bagaimana balak yang diambil dan hutan yang dicerahkan. Lihat sendiri hasilnya.

Bertempat  di Kampung Charok Batang Padi, Pedu pada 9 Februari 2013 Jam 10 pagi.

Najib tweet #savekedah

ALOR SETAR 31 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kira-kira 1.2 juta pengikut di Twitter hari ini menjadi orang pertama tweet #savekedah bagi menyatakan sokongan terhadap kempen ‘Selamatkan Bumi Kedah’.


Kempen ‘Selamatkan Bumi Kedah’ yang digerakkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Jaringan Gelombang Merah itu secara rasminya bermula di Twitter kira-kira pukul 5.15 petang.

Koordinator Rali Selamatkan Bumi Kedah, Anas Hafiz Mustafa berkata, pihaknya berharap sebanyak 1.2 juta pengikut Twitter Perdana Menteri akan membantu menyebarkan mesej tentang kempen tersebut.

“Apabila beliau tweet #savekedah hari ini, kami yakin ramai pengikut beliau akan nampak mesej ini.

“Kami harap mesej tentang kempen ini akan tersebar dengan cepat dan secara berterusan," katanya ketika ditemui dalam Himpunan Orang Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates