Jumaat, 8 Februari 2013

Semuanya sudah tercemar

KedahTimes ingin menyentuh sedikit tentang tahap pencemaran yang dibenarkan untuk sungai dan kawasan tadahan. Malah sungai atau pusat tadahan sepatutnya berada diperingkat dimana anak-anak kita boleh mandi atau berkelah ditepinya.

Sebaliknya banyak sungai sudah tidak lagi boleh digunakan sebagai sumber untuk mandi atau minuman.

Sungai Badak yang berasal dari kawasan tadahan Pedu mengalami pencemaran yang amat teruk sehingga ukuran menunjukkan ianya sudah mengjangkau 18,600 NTU (Nephelometric Turbidity Unit - Tahap Unit Kekerohan Nephelometric). Nephelometru adalah satu radas yang digunakan untuk mengukur saiz dan kepekatan zarah dalam cecair oleh analisis cahaya bertaburan oleh cecair.

Untuk kawasan tadahan kadar kekeruhan yang dibenarkan adalah 50 NTU sahaja.
Di sungai Pelandok, kadar kekeruhannya ialah 16,460 NTU.

Sungai Sintok pula adalah 16,380 NTU dan sungai Lata Chelak pula ialah 8,000 NTU. 

Semuanya jauh melebihi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu dibawah paras 1,000 NTU.
Pencemaran Sungai Badak, Sungai Pelandok dan sungai Sintok disumbangkan sepenuhnya oleh aktiviti pembalakan, perlombongan dan korek pasir.

Sungai Lata Chelak pulak disumbangkan sepenuhnya oleh pembalakan.

Inilah hasilnya apabila kawasan tadahan diratah dengan rakusnya oleh pemerintahan yang katanya memperjuangkan Islam.
Islam menuruh kita memelihara kawasan sekitar, bukan memusnahkannya. Amaran telah diberikan oleh Allah SWT dengan menurukan banjir yang amat dahsyat pada satu masa dulu, tetapi puak-puak yang katanya Islam milik mereka tidak menyedari atau memperdulikannya.

Islam hanya dimulut, dihati penuh dengan ketamakan dunia.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates