Rabu, 6 Februari 2013

Tuhan Kristian di Malaysia sentiasa berubah

Kedah Times ingin mengingati semua termasuk dari kalangan penyokong PAS dan PKR yang benar-benar sayangkan Islam, JANGAN kita sesekali membiarkan kalimah Allah diperalatkan Kristian untuk kepentingan  politik dan penyelewengan mereka.

Kristian sekarang (New Testament) adalah agama sesat yang lahir dari kepercayaan Pagan dan idea-idea orang-orang terdahulu yang berkepentingan. Mereka mengarang bible ikut pandangan masing-masing dengan mengambil apa-apa saja perbuatan dan perkataan Nabi Isa yang mereka sukai atau selari dengan fikiran mereka. 

Inilah yang terjadi apabila sudah sesat. Mereka boleh menukar apa saja ajaran Kristian. Malah Tuhan mereka pun boleh bertukar bila-bila masa.

Tetapi dalam hal kalimah Allah ini, mereka ingin menggunakannya untuk menyesatkan orang Islam. Apakah kita ingin jadi mereka yang sesat?

Apakah kita mahu mengikut jejak-jejak mereka yang sesat walaupun Allah telah berkali-kali memberi amaran?

Renungi ayat surah Alfatihah ini.

(Fatihah 1:6)  : Tunjukilah [Ihdina (tunjukilah kami), dari kata "hidayaat": memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. Yang dimaksud dengan ayat ini bukan sekedar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.] kami jalan yang lurus,

(Fatihah 1:7)
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. [Yang dimaksud dengan "mereka yang dimurkai" dan "mereka yang sesat" ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.]



Organisasi Kristian Bantah Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible

Artikel penulis sebelum ini tentang hak LGBT yang mempersoalkan mengapa Islam dipandang sebagai kolot kerana membantah hak LGBT tetapi Kristian tidak diberikan tanggapan yang sama walaupun sama-sama membantah, telah 'terkena' kepada pihak yang terlibat, puak Kristian Malaysia. Nampaknya, Kristian Malaysia tidak mengambil pendekatan yang sama seperti Kristian di seluruh dunia, terutamanya terhadap isu seperti penggunaan Kalimah Allah bagi Bible dan juga hak LGBT.

Dan kini, persoalan yang sama masih lagi timbul di mana beratus-ratus ribu orang membuat demonstrasi di Perancis membantah hak golongan LGBT, dan terdapat tiga organisasi Kristian di Amerika Utara telah meletakkan petisyen awam untuk menghentikan Wycliffe Bible Translators, Summer Institute of Linguistics (SIL) dan Frontiers dari menghasilkan Bible yang mengandungi nama Tuhan Kristian (Father and Son) yang mempunyai terjemahan yang salah (Lord dan Messiah atau Guardian dan Proxy). Terdapat juga terjemahan Arab yang mengubah perkataan 'Father' kepada Allah yang dilihat oleh penganut Kristian sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia mungkin akan menyinggung umat Islam, dan juga boleh mengelirukan mereka yang baru menganut agama Islam atau Kristian.

Mengapa puak Kristian Malaysia tidak berkongsi pendapat yang sama?

Isu penggunaan nama Allah telah lama timbul di Malaysia. Puak Kristian Malaysia adalah antara yang paling lantang isu ini, termasuk menerima pertolongan dari DAP. Lim Guan Eng juga pernah menyatakan perkara ini sebagai sebahagian daripada perjuangan parti tersebut, yang kemudiannya mengundang permasalahan kepada PAS.

Hanya kerana sifat mereka yang gila kuasa, parti tersebut telah membuatkan puak Kristian percaya bahawa pluralisme adalah satu perkara yang boleh diterima, sebahagian daripada ajaran Kristian itu sendiri. 

Ini adalah masa buat semua agama di Malaysia untuk mula membezakan antara agama dan politik. Apabila umat Islam mempertahankan nama Allah daripada dipergunakan, ia menunjukkan bahawa mereka memperjuangkan agama, bukannya politik. Jadi, jika anda bencikan kerajaan Melayu-Islam, anda tidak perlu melanggar agama Kristian anda sendiri hanya untuk memberikan sokongan kepada sesiapa yang menentang pihak kerajaan.
Perkara ini tidak langsung ada kena mengena dengan hak. Perbuatan ini adalah salah kerana akan mengakibatkan kekeliruan. Mungkin ini adalah masa bagi penganut Kristian seluruh dunia untuk menggalakkan Kristian Malaysia supaya melihat kembali apa yang dituntut oleh Bible, agar kita tidak keliru dengan agama masing-masing.

Bacalah, supaya kita tidak mudah dipergunakan oleh mana-mana pihak yang inginkan perpecahan antara rakyat.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates