Selasa, 19 Februari 2013

UNDI PAS HARAM!

Kebenaran terbukti lagi dimana undi PAS yang bersekongkol dengan DAP adalah HARAM. Ini kata bekas setiausaha Dewan Ulama PAS.

Apa tunggu lagi wahai penyokong PAS Kedah. 

Di Kedah, DAP dengan satu kerusipun boleh menggertak kerajaan negeri pimpinan PAS. Contoh terbaik ialah apabila kerajaan negeri hendak menguatkuasakan enakmen undang hiburan tempohari. Sekali DAP gertak, terus batal.

Inilah yang dikatakan beri peha hendak bontot. DAP akan monopoli apa saja berkaitan dengan kuasa. Malah PAS sendiri tidak diberi peluang.

PR ibarat pakatan ranjang untuk DAP. DAP akan tekan PAS dalam apa saja isu kecuali undi orang Melayu.

'Benar! beri undi kepada Pas haram'

KOTA BHARU : "Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram."

Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram.

Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut.

"Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat.

"Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai para ulama, Tok Guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengistiharan memberi undi kepada Pas dalam pilihanraya umum akan datang adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan perjuangan menetang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Mengulas lanjut pendirian NGO terbabit, Wan Ismail yang juga antara bekas pengasas penubuhan Pas di negeri ini berkata, tanggapan Pas bersubahat dalam isu yang mnyentuh sensiviti umat Islam tidak akan hilang selagi terus bersekutu dengan DAP.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, umat Islam seharusnya peka terhadap tuntutan syarak dalam soal memilih kerajaan Islam kerana perkara tersebut tidak boleh dijual beli.

"Kita kena ingat, syurga dan neraka bukan hak kita. Tidak ada istilah undi Pas masuk syurga. Kemungkaran tetap kemungkaran," katanya

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates