Rabu, 6 Mac 2013

Anwar Mula Bersuara Isu Lahad Datu..Jom Baca!


KUALA LUMPUR 6 MAC: Serangan ketenteraan terhadap penceroboh di Lahad Datu, Sabah bukan bermakna Malaysia menyerang orang Sulu, sebaliknya berperang dengan orang bersenjata.
Bercakap dengan nada seorang negarawan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tindakan ketenteraan yang tegas dan keras – bagaimanapun – perlu berikutan pencerobohan ke atas wilayah negara.
“Saya lihat, sebahagian kita agak keliru, kita serang orang Sulu. Kita bukan perang dengan orang Sulu. Kita berperang dengan orang bersenjata.
“Mereka hadir (ceroboh) dan cuba serang kawasan kita. Oleh demikian kita harus tegas dan keras menghadapi orang bersenjata,” katanya pada sidang media di Lake Club, petang semalam.
_MG_9311Ketua Umum KEADILAN itu juga menunjukkan reaksi gembira berikutan penglibatan pasukan keselamatan tampak berjaya walaupun pihaknya tiada maklumat terperinci.
“Ia selaras dengan syor kita semalam kepada kerajaan – Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri supaya beri bantuan kepada pasukan polis.
“Anggap gerombolan bersenjata sebagai bahaya dan selagi tak diselesai, (ia) menimbul keresahan kepada penduduk. Kita doakan mudah-mudahan pemantauan itu berterusan,” katanya.
Pakatan Rakyat sebelum ini menyatakan keyakinan terhadap kecekapan pasukan keselamatan dalam menjaga pertahanan negara dan berharap tiada campur tangan politik dalam menangani isu itu.
Anwar juga percaya, anggota keselamatan boleh menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan negara tanpa kekangan politik.
Kedahtimes : Selalunya Anwar bersikap lebih menyerang Kerajaan tetapi hari ini begitu menyanjungi kebolehan Kementerian Pertahanan dan Polis. Pelik betul. Bulan Mac 2013 adalah bulan untuk pembangkang termasuk Anwar  menjilat ludah balik. Cuma bezanya kali ini jilat ludah sebab tembelang dah pecah. Tak sentuh pun isu gambarnya dengan Nurmisuari. 'So simple' betul ucapan Anwar. Betulkah Anwar yang bercakap ni? Hehehehehe...

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates