Ahad, 17 Mac 2013

Ayuh Semua Pemimpin UMNO Kedah!

KedahTimes sangat-sangat berharap dengan apa yang di katakan oleh Dato' Paduka Mukhriz ini benar dan semua ketua-ketua UMNO di Kedah telah berjanji untuk sesungguhnya bekerja untuk parti dan memastikan kemenangan besar UMNO dan BN di Kedah.

Sesungguhnya keikhlasan kita bekerja untuk parti mestilah dilahirkan pada PRU13 nanti dengan bekerja tanpa memilih bulu. Tanpa melihat siapa calonnya. Tanpa wang ringgit. Yang Pasti lihat kepada dasar perjuangan parti UMNO itu sendiri .... agama, bangsa dan negara.

KedahTimes percaya dengan ketokohan pemimpin atasa UMNO Kedah, semua bahagian akan memastikan kemenangan besar UMNO/BN kelak.

KedahTimes juga amat percaya yang Dato' Paduka Mukhriz mampu menyatukan seluruh pemimpin-pemimpin UMNO serta jenteranya untuk bersama membawa kemenangan kepada UMNO/BN. Ketokohan  Dato' Paduka amat disanjungi oleh rata-rata rakyat Kedah malah ramai penyokong PAS bersetuju dengan Dato' Paduka Mukhriz.

KedahTimes tidak teragak-agak untuk menulis atau mengkritik mana-mana ketua UMNO yang masih ditakuk lama. Masih rasa dialah yang paling hebat dan dialah segala-galanya, walhal UMNOlah yang membolehkan dia menjadi ketua. Tanpa wadah UMNO, jawatan ketua tidak akan ada.

Seruan terakhir sebelum gendang PRU13 dipalu KedahTimes coretkan disini. Jika tidak KedahTimes ingin sangat menyebut nama-nama mereka disini dengan sebab-sebab kenapa mereka WAJIB ditolak pada PRU nanti.


Tiada lagi sabotaj dalam UMNO Kedah

KUALA LUMPUR 16 Mac - Unsur sabotaj dalam parti diyakini tidak lagi menjadi masalah besar kepada UMNO Kedah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ini kerana semua ahli parti sudah bertekad mahu memastikan Barisan Nasional (BN) menang besar dalam pilihan raya umum kali ini.

"Kepemimpinan di semua peringkat di negeri ini sudah bertekad untuk memenangkan BN dan saya ingat masalah itu (sabotaj) tidak akan timbul lagi," katanya selepas majlis Himpunan Anak Kedah di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini.

Mukhriz berkata, persiapan jentera UMNO Kedah juga telah bersedia sepenuhnya dan hanya menunggu tarikh pengumuman pembubaran Parlimen sahaja. - © Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates