Rabu, 20 Mac 2013

Campurtangan Luar di KUIN.

Ketika pasukan Tentera dan Polis kita bertarung nyawa menghapuskan penceroboh di Sabah, PAS juga melalui unit Amalnya bertarung tempat untuk mengawal segenap penjuru KUIN bagi mengelakkan beberapa orang staf yang dijemput menghadiri majlis tetapi tidak dibenarkan hadir.

Pelik tapi benar. Itulah hakikat apabila sebuah parti pemerintah yang tidak dapat membezakan antara pentadbiran sebuah institusi pengajian tinggi dan sebuah parti politik. Malah dicampuradukkan semua urusan parti ke dalam urusan pentadbiran KUIN.

Apakah yang amat ditakutkan oleh PAS sebenarnya? Apakah mereka takut kehilangan kuasa? Kehilangan maruah?

Tetapi dengan menyerahkan semua kuasa mengawal, menyoal, mengusir dan meyiasat kepada unit parti di dalam kawasan institusi pendidikan tinggi amatlah tidak betul.

Dimana perginya kuasa pengawal keselamatan KUIN sendiri? Kenapa mereka diketepikan?

Tetapi apakan daya, inilah PAS sebenarnya. Politik dimana saja mereka mahu. Dalam masjid, luar masjid, dalam kampus, luar kampus, dalam jamban, luar jamban... semuanya PAS hantam.


Ahli Pas berlagak seperti pengawal keselamatan Kuin

ALOR SETAR 20 Mac - Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kesal dengan tindakan kira-kira 50 orang dipercayai ahli Pas yang 'berlagak' dan bertindak seperti pengawal keselamatan sepanjang Majlis Anugerah dan Jasamu Dikenang di kampus baharunya di Kuala Ketil dekat sini semalam.

Kumpulan berkenaan yang memakai baju rasmi Unit Amal berwarna merah dan jaket tertera tulisan Unit Keselamatan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kuala Ketil mempunyai logo Pas bertindak mengawal lalu lintas, pergerakan kakitangan Kuin dan keselamatan di kampus tersebut sehingga menimbulkan beberapa insiden yang amat dikesalkan oleh kakitangan Kuin.

Pensyarah Kuliah Muamalat Kuin, Sajiah Yakob berkata, tindakan tidak profesional yang ditunjukkan oleh kumpulan petugas Pas itu membuktikan campurtangan luar dalam menyelesaikan kemelut kolej universiti berkenaan.

Katanya, kehadiran kumpulan berkenaan membolehkan rakyat menilai siapa sebenarnya yang berpolitik dan menjadi ejen politik di dalam Kuin.

''Persoalannya siapakah yang membawa mereka masuk, apakah hak mereka menahan kakitangan Kuin dalam kampus, siapakah yang memberi kuasa kepada mereka dan siapakah yang membenarkan mereka mengusir serta melakukan kekerasan kepada beberapa kakitangan Kuin?,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan 10 kakitangan kolej universiti itu yang dikenakan surat tunjuk sebab pada bulan lepas dihalang daripada memasuki kampus Kuin di Kuala Ketil bagi menghadiri Majlis Anugerah dan Jasamu Dikenang di Dewan Besar Kuin petang semalam. - UTUSAN


EMAIL DARI SEORANG AHLI BERSIH KUIN YANG HADIR
SUASANA DI KUIN KUALA KETIL SEIRAS LAHAD DATU

Hari ni, walaupun 10 orang kuat bersih KUIN tiada namun maklumat boleh juga dikeluarkan. macam yang berlaku kepada pengikut-pengikut  bersih KUIN. 

Dengan penuh rasa takut Kapten H telah mempergunakan pelbagai pihak utk memastikan keadaan Kuala Ketil  bersih tanpa skuad bersih Kuin.

Tetapi apakan daya ternyata teknik ketenteraan yang digunakan oleh kepten H telah lapuk. Skuad bersih KUIN lagi pandai menyelinap masuk dengan pelbagai cara.

Hidzir dari PRO telah ditahan dengan rakus dan rentap dengan kasar sekumpulan puak unit amal. Cara mereka agak kejam seolah-olah menangkap penjenayah dikehendaki. Rakan kami dapat merakam adengan terbabit tetapi masih belum dapat diberikan lagi sebab ada masalah teknikal. 

Ramai lagi staf yang dihalang memasuki ke kampus kerana bimbang dengan skuad bersih. Saya nak sarankan kepada pihak pengawal baru, anda masih baru janganlah jadi kambing hitam kepada mereka, ramai anggota ala2 SB la konon, mengawal kawasan kampus. Kami sempat mengambil gambar dan hampir2 kantoi dgn kambing2 tersebut. 

Setiap pergerakkan staf dipantau ketat. Namun kapten H tak mampu membuat KUIN aman. Wahai Kapten H, ingatlah kenapa kamu berada di KUIN. Fikir2kanlah. strategi anda tak sehebat strategi skuad bersih.



SIAPA SEBENARNYA BERPOLITIK DALAM KUIN

Allah maha kuasa dan bijaksana.

Hari ini Allah telah memperlihatkan dengan jelas dan nyata :

- Siapa yang berpolitik dalam KUIN
- Siapa yang mengundang campurtangan orang luar dan orang asing dalam kemelut KUIN
- Siapa yang menjadi ajent politik
- Siapa yang mempolitikkan institusi pendidikan
- Siapa yang dalang sebenarnya di sebalik kemelut KUIN
- Siapa yang takut dengan kezaliman

terima kasih Ya Allah kerana membuka kebenaran sedikit demi sedikit , kami akan bersabar demi perjuangan mu . Amiiinn.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates