Rabu, 20 Mac 2013

DMM bertanding DUN?


KedahTimes petik dari Sinar Harian hari ini 20/3/13. Apapun adalah baik untuk rakyat Kedah yang inginkan Kedah maju setaraf negeri-negeri lain.

Kelembapan dari segi ekonomi, sosial, keagamaan terserlah dalam masa 5 tahun PAS memerintah. Yang terserlah hanyalah hutan-hutan simapanan yang telah dicuci licin macam cuci kawah. Yang terserlah hanyalah kegagalan membina prasarana untuk kemudahan rakyat. Terserlah juga kegagalan memajukan KUIN menjadi sebuah instiusi tersohor.

Kita boleh kata indah cakap dari  rupa. Cakap saja lebih tapi kerjanya amat sedikit. 

Apapun kita doa ianya menjadi kebenaran. Ianya bakal menjadi satu lonjakan semangat kepada rakyat Kedah untuk kemenangan BN.


Mukhriz bertanding di Bukit Kayu Hitam? - Sinar Harian

MOHD SOFEE WAHAB

20 Mac 2013

Datuk Mukhriz Dr Mahathir

Desas-desus mengatakan bahawa Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir bakal bertanding di Dun Bukit Kayu Hitam.

Ada sumber mengatakan Ahli Parlimen berkenaan pernah dipelawa Adun Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar untuk mengambil alih kawasan takluknya itu.

Ahmad Zaini berkata, sebelum itu beliau pernah mendengar ‘gosip’ tersebut melalui masyarakat sekitar Kubang Pasu namun, tidak menjadi masalah sekiranya benar Mukhriz mahu bertanding di kawasannya itu.

Menurutnya, beliau bersedia untuk ‘melepaskan’ kerusinya itu seandainya perkara yang diperkatakan masyarakat adalah benar.

“Saya tiada masalah dan mengalu-alukan kehadiran beliau (Mukhriz) ke kawasan ini. Apa yang penting adalah kemenangan memihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Apa yang diperkatakan rakyat kemungkinan adalah satu kebaikan untuk parti dan kita sentiasa menerima pandangan mereka kerana rakyat merupakan penentu kemenangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Biarpun BN tampak selesa dengan kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu, kerusi Dun Bukit Kayu Hitam dan Jitra sama seperti PRU11 namun, pertarungan sengit bakal calon BN untuk menduduki kerusi Dun Bukit Kayu Hitam berkemungkinan boleh berlaku.

Bagi kerusi itu, ada desas-desus menyatakan kerusi calon BN, Ahmad Zaini yang menang dalam PRU12 menewaskan Che On Yusof dari PKR, mungkin akan digantikan nama lain.

Antara senarai nama disebut-sebut seperti Setiausaha Umno Kubang Pasu, Datuk Samsudin Ahmad serta Naib Ketua Umno Kubang Pasu iaitu Zulfitri Yaacob, yang juga setiausaha sulit kepada Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum dilihat mempunyai kelayakan sebagai muka baru dalam PRU13 kali ini.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates