Isnin, 25 Mac 2013

Dunia Islam

1. Pertelingkahan, demonstrasi ganas, pengeboman dan pembunuhan yang berlaku diseluruh dunia rata rata melibatkan umat Islam. Malah, banyak konflik yang melibatkan pembunuhan melibatkan muslim membunuh muslim, jauh lebih banyak daripada dibunuh Yahudi Zionis.

2. Tidak ada satu ayat pun di dalam Al-quran menghalalkan darah sesama Muslim, malah pengharamannya begitu jelas, waima punca bagi pembunuhan iaitu perpecahan juga diharamkan oleh Agama.
 
3. Pembunuhan sesama muslim bukanlah kerana mereka berselisih pendapat tentang penemuan baru sains, sebaliknya adalah isu Agama dan demokrasi serta kebebasan. Ironiknya Agama itu mengajar kepada kesejahteraan, malah demokrasi juga bermatlamatkan kesejahteraan. Sudah tentu pembunuhan setiap hari bukan sesuatu yang sejahtera.

4. Apa yang berlaku ialah, perebutan kuasa untuk diri sendiri, namun digunakan alasan agama atau demokrasi untuk mendapatkan kelebihan sokongan. Penyalahgunaan agama ini bukan perkara baru, malah wujudnya Syiah dengan ribuan hadis dan ayat palsu adalah kesan daripada perebutan kuasa.

5. Jika pada zaman yang masih dekat dengan Rasulullah SAW itu pun sudah wujud kekeliruan, maka apabila lebih jauh sehingga 1400 tahun, semakin mudah umat dikelirukan.

6. Malang sekali, mereka yang mengelirukan umat ini bukan golongan jahil, tetapi golongan ulama. Ulama dahulu tidak meraung-raung minta diangkat ke tampuk kuasa, malah tanggungjawab sebagai pemimpin amatlah mereka takuti. Tetapi kita lihat sekarang sebaliknya.

7. Selama mana umat Islam masih mencari-cari alasan untuk berpecah, walhal agama mewajibkan bersatu pada, berbunuhan sesama Islam akan terus berlaku, sedang manusia lain mengambil kesempatan atas kealpaan orang Islam.

8. Tidak apalah kalau kita berbunuhan atau bermusuhan, asalkan kebencian kita dapat dipuaskan. Biarlah akhirnya umat Islam lemah, asalkan kita dapat memuaskan perasaan benci kita.

9. Akhirnya, umat Islam akan tersepit dan disembelih apabila lemah akibat perpecahan. Tidak ada manusia lain yang tidak akan mengambil peluang atas kelemahan kita, walaupun kita tidak mahu menerima hakikat tersebut.

10. Teruskan berpecah dan puaskan hati masing masing, kerana akibat dari perbuatan tersebut hanya akan berlaku kepada anak cucu kita nanti dan bukan sekarang.   

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates