Isnin, 25 Mac 2013

Gagal Gagal Gagal ... itulah PAS

Dalam semua aspek boleh dikatakan kerajaan negeri bawah PAS GAGAL.  KHTP tidak bergerak (yang ada hanya kutipan hasil usaha MIDA atau pembesaran kilang yang ada), SULIIH tidak bergerak langsung, peluang-peluang pekerjaan baru tiada, peniaga-peniaga kecil makin sesak nafas, Langkwai dibiarkan LADA uruskan dan pelbagai lagi.

Malah Masjid pun mereka tidak mampu bina. Yang mampu mereka lakukan ialah 'CLAIM' orang lain punya hasil kerja. Ini adalah kerja yang paling senang. Orang yang malas dan asyik tidur pun boleh lakukan kerja sebegini. Celik mata ada masjid depan rumah. Terus 'CLAIM' .... lihatlah masjid indah yang aku baru bina.
masjid yang sepatutnya PAS bina,
tapi sehingga hari ini tidak timbulpun

Begitulah kerajaan yang asyik lena. Sedar dari mimpi selepas semuanya telah siap lengkap. Maka dalam kegelabahan terus berlari seluruh negeri memberitahu yang mereka telah lakukan banyak perkara.

Yang sahnya mereka lakukan hanya dalam mimpi. Realitinya kerajaan persekutuan yang melaksanakan semua mimpi mereka.

Herrmmm ... teruskan kerajaan PAS Kedah bermimpi. Takut bila sedar, kuasa juga telah hilang diambil orang..



JITRA - Kerajaan Pas Kedah dicabar mengemukakan fakta dan bukti yang mereka melaksanakan syiar Islam dan menjaga kepentingan umat Islam negeri tersebut.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd. Johari Baharom (gambar) berkata, setakat ini, tiada satu pun masjid atau surau dibina kerajaan negeri sejak memerintah Kedah selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008.

Katanya, umat Islam di Kedah beruntung kerana kerajaan Persekutuan terus membela nasib mereka walaupun diperintah pembangkang.


"Nak harapkan kerajaan Pas Kedah, cakap saja lebih macam tong kosong.

"Sejak 2008 hingga tahun lepas, kerajaan Pusat telah membelanjakan lebih RM80 juta untuk membina masjid dan surau serta menaik taraf kedua-dua institusi berkenaan," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan RM100 bagi lima buah sekolah rendah dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah, Roslee Ismail.

Mohd. Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kerajaan Pusat turut membelanjakan kira-kira RM30 juta setahun bagi membayar gaji dan elaun pegawai masjid serta guru-guru agama di Kedah.

Ketika berucap pada majlis itu, beliau memaklumkan, kerajaan negeri perlu membayar elaun imam sebanyak RM750 bagi menyamai pemberian kerajaan Pusat sebanyak RM750 dan bukannya RM50 sahaja.

Menyentuh soal pendidikan, Mohd. Johari memberitahu, seramai 3,598 pelajar dalam daerah Kubang Pasu menikmati Rancangan Makanan Tambahan bernilai RM1.2 juta, manakala sebanyak 12,674 murid sekolah menerima bantuan berjumlah RM4.355 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pelajar.

"Seramai 1,041 pelajar sekolah menengah pula menerima biasiswa antara RM700 hingga RM840 seorang setahun berjumlah RM942,760.

"Sebanyak 3,110 pelajar sebelas buah sekolah berasrama penuh pula menerima bantuan asrama bernilai RM10.5 juta pada tahun lepas," ujarnya. - Kedah.home.net.my

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates