Jumaat, 8 Mac 2013

Gencatan Senjata: Nak tipu lagi ka?


Apakah ini taktik terbaru pengganas yang menceroboh di Sabah ini. Sebelum menembak polis Malaysia mereka menggunakan taktik mengebar bendera puith tanda menyerah serta menalipon polis melaporkan sesuatu yang disyaki berlaku.

Apabila polis menunjukkan diri, mereka menembak membabi buta.

Kini taktik gencatan senjata dimainkan pula. Kita tidak menolak gencatan senjata, tetapi tetapi senjata mestilah diserahkan dan tiada apa-apa tuntutan diminta. Jika tidak ianya seperti  melepaskan anjing tersepit.

Yang peliknya pihak pembangkang tidak pula menawarkan diri menjadi orang tengah atau pendamai sebaliknya mereka menyemarakkan api kebencian kepada kerajaan dan Polis serta Tentera.

Apa kata mereka berhijrah dan hidup di negara yang tiada polis dan tentera!

Krisis Lahad Datu:  Kerajaan Jangan Layan Permohonan Gencatan Senjata

Perkembangan terkini di Lahad Datu menyatakan yang pihak pengganas Sulu sudah mula menunjukkan tanda-tanda kekalahan.  

Dikhabarkan bahawa mereka telah menyuarakan tuntutan agar gencatan senjata diumumkan.  Antara alasannya adalah untuk mengebumikan mereka yang terkorban dan berharap agar permintaan tersebut dipenuhi berdasarkan persefahaman sesama agama.  

Sudah tentu sekali permintaan sebegini tidak perlu dilayan apatah lagi dengan alasan sedemikian.  Jika semangat persaudaraan dalam Islam yang diambilkira, insiden menceroboh dan membunuh saudara seagama dengan kejam di Lahad Datu, tidak seharusnya berlaku langsung.  

Justeru, kita lihat bahawa permintaan pihak  pengganas merupakan satu permintaan yang ganjil dan tidak konsisten dengan tindakan mereka yang begitu nekad dan berani mati sebelum ini.  

Seluruh dunia tahu bahawa kerajaan Malaysia telah memberi mereka masa yang cukup panjang untuk mereka keluar dari negara ini secara baik.   Namun, sikap diplomasi Malaysia telah dibalas dengan kebiadapan dan keganasan.  Malah, pihak pengganas juga kelihatan begitu nekad untuk memperbesarkan lagi isu ini dengan menjemput kuasa asing untuk campurtangan dan membantu mereka.  

Jelas, pihak Sulu tidak pernah memikirkan akibat dari tindakan mereka sama ada ke atas nyawa rakyat Sabah yang tidak berdosa, mahupun kepada umat Islam dari segi perpaduan dan kekuatan ummah, serta imej agama Islam itu sendiri, yang sudah teruk tercemar dengan sikap umat Islam yang gemar bersengketa sesama sendiri.  

Sesungguhnya inilah yang kerajaan Malaysia cuba elakkan apabila memilih cara diplomasi dalam menanangi pencerobohan puak Sulu.  

Namun, memandangkan puak Sulu langsung tidak menghormati kebaikan Malaysia, maka kerajaan Malaysia tidak punya alasan yang cukup baik untuk memenuhi permintaan mereka untuk melancarkan gencatan senjata.   Pihak pengganas Sulu nampaknya telah tersilap menilai kredibiliti pihak pertahanan dan keselamatan Malaysia melalui sikap diplomasi yang ditunjukkan di peringkat awal.   

Pendekatan Malaysia ialah, yang baik dilayan dengan baik, tetapi pengganas yang telah berikrar akan terus menentang kita hingga ke titisan darah terakhir, tidak mungkin diberi peluang untuk mencari ‘masa tambahan’ melalui gencatan senjata.  

Oleh itu, pengganas Sulu tiada pilihan, selain dari menyerah diri sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia.  

Untuk pengganas Sulu, terimalah hakikat bahawa Sabah bukan negara anda.  Rakyat Sabah tidak mungkin ingin diperintah oleh pengganas yang sanggup memperjudikan nyawa mereka.   Sultan palsu anda juga tidak layak memerintah, jadi apalah jenis negara yang akan anda dapati di bawah pemerintahannya?

Jika kini anda meminta sedikit masa untuk menyemadikan rakan yang tumpas, maka jika anda melengahkan sedikit masa lagi, anda akan dapati tiada siapa lagi yang tinggal untuk menguburkan sesiapa, di pihak anda. 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates