Ahad, 17 Mac 2013

Kampus boleh BINA, Masjid tidak Boleh


Kedahtimes juga tertanya kenapa KUIN sangat tergesa-gesa untuk berpindah ke kampus baru Kuala Ketil. Sedangkan kemudahan asas untuk pelajar, staf dan lain-lain masih belum lengkap.

Apakah kerana pihak pengurusan ingin menunjukkan yanh mereka berjaya membina kampus baru tanpa bantuan pusat?

Apakah mereka sudah tersilap membuat perasmian kampus walaupun belum siap sepenuhnya? 


Tetapi kita semua tahu, inilah sikap memang lah sikap dan perangai sebenar pengerusi dan rektor KUIN. Pengerusi yang perongois dan panas baran tidak peduli apa orang cakap. Dia saja yang betul dalam segalanya. 

Dan rektor pulak yang jenis tidak dengar cakap orang. Dia lakukan apa saja demi mencapai cita-citanya hatta mengenepikan peraturan yang ditetapkan oleh KPT. Contohnya ialah sijil MQA untuk ijazah sarjana pengajian alquran diteruskan juga tanpa kelulusan. Begitu juga dengan pengambilan pelajar yang kelulusan STAM mereka tidak mencapai tahap yang diperlukan. 

Semuanya boleh asalkan duit masuk kerana KUIN teramat memerlukan duit. 

Kini staf yang selama ini gaji dan potongan tidak menentu terpaksa berpindah ke Kuala Ketil. Kos meningkat samada untuk sewa rumah atau pengangkutan. 

Tidak tahulah apa pulak akan terjadi selepas ini jika sumber kewangan KUIN merosot kerana operasi kampus baru memerlukan kewangan yang lebih banyak. Apakah elaun pekerja dan sebagainya akan dipotong?

Berbalik kepada persediaan asas kampus seperti asrama pelajar, masjid dan kuarter pekerja yang tiada, apakah penyelesaian interim yang disediakan KUIN? Apakah pelajar akan ditempatkan didalam kuliah pelajar yang sudah tentu tidak selesa. Apakah pelajar terpaksa mencari rumah sewa sendiri tanpa bantuan KUIN?

Jika Putrajaya dimulakan dengan pembinaan Masjid, tetapi KUIN sebuah universiti pengajian Islam dibina tanpa Masjid. Inilah Islamnya PAS Kedah. 

Kemanakah duit peruntukan untuk pembinaan masjid dan asrama pelajar yang termasuk dalam pakej keseluruhan?
Nampaknya dekat dengan pilihanraya, PAS semakin menggelabah untuk menunjukkan apa yang mereka berjaya lakukan. Dan nampaknya PAS Kedah tidak mampu membina sebiji Masjid pun walaupuan peruntukan sudah ada. 


Mukhriz persoal KUIN gagal sedia asrama pelajar
2013/03/09 - 16:19:36 PM
  
JITRA: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mempersoalkan kegagalan kerajaan negeri menyediakan asrama pelajar secukupnya di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil sedangkan kos pembinaannya merangkumi bangunan penginapan pelajar. 

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sangat membimbangkan apabila pelajar dikatakan terpaksa tinggal di dalam bangunan kuliah yang dijadikan tempat penginapan pelajar. 

"Saya pun bingung kenapa perkara ini boleh berlaku, sebab jumlah kos pembinaan (RM330 juta) cukup untuk membina semuanya (termasuk masjid dan asrama). Jumlah yang dibelanjakan tidak berkurangan, kita nak tahu ke mana perginya duit itu. 

"Adakah ia digunakan untuk perkara tidak berfaedah yang tidak termasuk dalam perancangan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 1Litar@Kedah di Taman Aman di sini, hari ini. 

Beliau diminta mengulas dakwaan kakitangan KUIN bahawa pihak pengurusan menjadikan bilik kuliah sebagai asrama pelajar kerana bangunan sementara yang dijanjikan untuk penginapan pelajar masih gagal dibina walaupun pelajar diberi cuti hampir sebulan. 

"Di manakah maruah kita sebagai anak Kedah, apabila satu projek yang diangkat sebagai kebanggaan kerajaan negeri, tetapi ia serba kekurangan. Masjid dan asrama tidak dibina walaupun ada dalam pelan dan sekarang pelajar pula hendak disuruh duduk dalam bilik kuliah. 

"Ini bukan caranya hendak memberi keselesaan kepada institusi yang bergelar kolej universiti. Ini bukan satu kebanggaan tetapi satu kegagalan kerajaan PAS Kedah," kata Mukhriz. 

Beliau meminta Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan dalam isu itu bagi membantu pelajar. - BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates