Ahad, 10 Mac 2013

Kedah bakal pengeluar Anggur dunia.


Keadaan di Pedu amat runcing sekali. Air yang dulunya melimpah ruah dan mengalir ke seluruh negeri Kedah boleh digunakan untuk penanaman padi, keperluan harian dan sebagainya kini sudah tiada lagi.

Yang ada hanya air berlumpur dan dipenuhi sampah sarap apabila hujan turun lebat.  Menariknya semua ini angkara pemerintah Islam yang setiap hari tak kering dimulut bercakap tentang negara islam, hukum hudud, orang lain kafir, dan pelbagai kata nista dilontarkan demi mencapai cita-cita politik gila mereka.

KedahTime seperti dalam tulisan yang lalu ingin menegaskan sekali lagi, jika mereka memerintah satu penggal lagi, maka semua sawah di kawasan MADA bakal menyaksikan satu transformasi hebat di Kedah.

Mungkin sawah-sawah ini akan jadi kawasan perumahan; mungkin bakal menjadi kebun getah atau sawit. Padi yang satu masa dulu menjadi kebanggaan rakyat Kedah sudah tiada lagi. Yang ada mungkin Anggur masam yang dibanggakan kerajaan Islam PAS.

Apakah rakyat Kedah rela menunggu sehingga orang luar datang menyeru untuk menyelamatkan keadaan seperti ini? Tepu dada tanga diri sendiri.



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates