Jumaat, 15 Mac 2013

Kejayaan Besar Kerajaan PAS Kedah

Zon Industri Petroliam Yan atau ZIPY adalah salah satu projek yang dirancang pada zaman pemerintahan kerajaan BN dulu. Hampri keseluruhan Daerah Yan bakal ditukar menjadi pusat menyimpan dan memproses minyak mentah dan kemudian diekspot ke negara ketiga.

Malah penduduk di Yan sudah berkira-kira pampasan yang bakal mereka terima. Dan ramai anak muda dari Yan sudah memasang angan-angan untuk menjadi jurutera atau juruteknik di pusat-pusat simpanan dan prosesan minyak.

Satu kawasan komersial dan perumahan besar untuk menampung penduduk yan sudah dirancang dengan sebaiknya dan segala bentuk kemudahan bakal dibina untuk mereka.
  
Apabila PAS mengambil alih Kedah, ZIPY bertukar menjadi SULIHH. Dek kerana nak jek MB Azizan Zon Indsutri Petroliam Yan du tukar kepada Sungai Limau Hydrocarbon Hub.


SULIHH ialah projek penapisan minyak di kawasan laut yang ditambak di Sungai Limau, Yan. Minyak mentah dari Timur Tengah akan diimport dan diproses untuk dieksport semula ke China dan Negara Asian lain apabila loji siap sepenuhnya.

Kerajaan Negeri menyasarkan meraih sebanyak RM400 juta setahun daripada projek itu yang dijadual siap menjelang tahun 2014. Projek ini turut menawarkan pekerjaan kepada 30,000 penduduk Kedah.

Majlis pecah tanah yang dijadual Oktober 2009 lalu beberapa kali tertangguh kerana laporan kesan terhadap alam sekitar (EIA) dikemukakan pelabur kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak lengkap.

Sebelum ini, Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak turut menyatakan antara kelewatan projek berpunca daripada laporan EIA, selain salah satu pelabur asing, SK Engineering and Construction Ltd dari Korea menarik diri. 

SULIHH ditunjangi dua syarikat tempatan iaitu Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd dan Hijjaz Refinery Sdn Bhd, namun Hijjaz juga telah menarik diri.

Hong Kong Beijing Star Ltd dan Winson Investment Ltd adalah rakan kongsi Merapoh yang bertanggungjawab membawa masuk dana, namun sehingga kini masih gagal berbuat demikian.- petikan ucapan Ir Amirudin.

Apa yang cuba KedahTimes nak kemukakan disini ialah kegagalan Pihak Pemerintah melaksanakan apa yang dijanjikan walaupun sudah hampir tamat penggal pemerintahan. Ini adalah disebabkan pelabur asal dari negara Arab menarik diri dari melabur dalam projek ini. Malah pelabur yang ada kaitan dengan teknologi dari Jerman juga menarik diri selepas PAS mengambilalih Kedah.

Malah jika lihat kronologi selepas ditukar kepada SULIHH, semua pelabur yang dibawa menarik diri sehinggalah kini tiada apa kerja-kerja tanah atau kajian dilakukan. Sehingga kini tiada komitmen kemasukan dana asing untuk projek ini.

Dan 30,000 rakyat Kedah masih ternanti-nanti peluang kerja yang dijanjikan. Dan juga pendapatan tambahan kedah sebanyak Rm400juta setahun yang disasarkan. Dengan Rm400 juta ini Kedah bakal menjadi negeri yang agak kaya dan boleh menyediakan prasarana terbaik untuk rakyatnya.
Malah untuk membina kampus KUIN, Kedah tidak perlu berhutang dari Affin dan BIMB Bank. Dengan pendapatan Rm400juta juga, Kedah tidak perlu membotakkan kawasan tadahan air di Pedu.

Tetapi nampaknya, janji hanya tinggal janji. Tiada usaha dari pihak Kerajaan negeri untuk membantu memcari pelabur untuk datang melabur. Sebaliknya sentiasa meletakkan kesalahan dan kegagalan kepada pihak lain.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates