Ahad, 10 Mac 2013

Kembalilah Bersatu saudara Islamku


Hanya inilah yang KedahTimes dapat ungkapkan kepada semua melayu Islam di Kedah khasnya dan di Malaysia amnya.

Seruan ini ditujukan kepada semua supaya kembali bersama UMNO kerana UMNO adalah satunya parti atau wadah yang memperjuangkan Melayu, Islam dan negara.

Malah dalam perlembagaan UMNO telah ditegaskan tentang kedudukan Islam. Dan ditambahlagi dengan komitmen pemimpin-pemimpin utama UMNO berkaitan Islam.

Jika pemimpin PAS berkelahi, berpecah belah dan bermain tarik tali dalam isu kalimah Allah dengan DAP, pemimpin UMNO bertegas mempertahankannya sehingga ke titisan darah terakhir.

Ketika Kerajaan pimpinan BN bertegas mempertahankan tanahair dari diceroboh, kumpulan PKR memperlekehkan tindakan tersebut seoalah-olah mereka rela tanahair kita hilang ke tangan pihak lain.

Dalam Islam dimartabatkan dengan sebaik-baiknya, PAS merobohkannya dengan sikap 'menghalalkan cara' mereka.

Jika tidak kembali bersama UMNO pun, undilah UMNO pada PRU 13 nanti. 

Selamat Tinggal PAS dan PKR...


JERLUN, 8 Mac (Bernama) — Sebanyak 29 anggota dan penyokong PAS Kubang Menerung Dalam, Padang Sera dekat sini, bertindak meninggalkan parti itu dan menyertai Umno setelah kecewa dengan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah.

Borang keanggotaan Umno itu diserah wakil mereka Ahmad Adam, 50, kepada Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir pada Majlis Ceramah Perdana Selamatkan Kedah ”Undi PAS = Undi DAP” di Padang Sera dekat sini malam tadi.

Muhkriz yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata mereka bertindak demikian kerana kesal dengan pucuk pimpinan PAS yang menyokong gesaan DAP agar kalimah Allah diguna dalam Bible versi bahasa Melayu.

“Mereka sertai Umno kerana mereka percaya Umnolah parti yang memperjuangkan Islam dan bukannya parti pembangkang yang tidak mempunyai pendirian dalam memperjuangkan Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita dekat sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata sepatutnya PAS yang kononnya memperjuangkan agama Islam perlu mempertahankan kesucian kalimah Allah itu.

MUKHRIZ-PAS 2 (AKHIR) JERLUN

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata rakyat kini sudah boleh menilai siapa yang seharusnya memerintah kerajaan negeri dan mampu membela rakyat.

Katanya di kawasan Parlimen Jerlun kira-kira 100 anggota dan penyokong PAS bertindak keluar parti dan menyertai Umno sekali gus dapat membantu Umno menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Sementara itu, Abdul Rashid Ahmad, 64, berkata beliau keluar PAS kerana parti itu sering mengikut telunjuk DAP sehingga sanggup menggadai kalimah Allah yang hanya untuk orang Islam.

Katanya beliau amat kesal dengan tindakan PAS yang selama ini sinonim dengan parti Islam dan mahu menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam kini tidak lagi berpegang kepada pendiriannya itu.

“Kita lihat sekarang ini ada pemimpin PAS dok sibuk bergaduh nak dapatkan jawatan, kuasa nak perintah Kedah. Kalau ada pemimpin Umno jumpa dengan saya depa (pemimpin PAS) cakap saya ini pembelot.

“Salah ke kalau pemimpin Umno datang bawa berita gembira dan nak bantu anak bangsa kita sendiri untuk sambung pelajaran di institusi pengajian tinggi?,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates