Jumaat, 15 Mac 2013

KHTP yang semakin Mandomm

"Pelaburan di Kedah meningkat dengan cergasnya sehingga mencatatkan rekod tertinggi sejak 16 tahun KHTP di tubuhkan. Keyakinan pelabur sedia ada di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim High technology Park- KHTP) menambah pelaburan mereka sehingga ‘memaksa’ Kerajaan Negeri menambah keluasan kawasan perindustrian tersebut."

KedahTimes petik dari penulisan yang disiarkan dalam warta Kedah yang memuji hebat kerajaan negeri yang mengatakan bahawa banyak pelaburan masuk ke KHTP sehingga KTPC terpaksa menambah keluasa kawasan perindustrian tersebut.

Inilah dikatakan kehebatan mereka berbohong. Kenapa KedahTimes kata mereka berbohong kerana Fasa 3 KHTP semuanya telah dibeli oleh First Solar di zaman kerajaan BN. Dan proses pengambilan tanah dari Majlis Perbandaran Kulim oleh Pihak Berkuasa Tempatan KHTP telah mula dilakukan pada zaman pemerintahan BN dulu lagi. Ini adalah untuk menampung penambahan pelaburan baru yang sudah ada dalam potfolio KTPC pada masa itu.

Semua kertas kerja dan surat menyurat sudah sedia ada, cuma pemerintah baru hanya datang ambil nama sahaja. Menariknya, pelaburan terbesar oleh First sudah dirancang dan dipersetujui sejak zaman pemerintahan BN dulu lagi. Cuma perlaksanaan dilakukan sejak PAS memerintah Kedah.
Kalau ikutkan usaha, tugas PAS hanya pakai baju Melayu dan songkok saja untuk rasmi kilang Infineon. Lebih dari itu PAS tidak lakukan apa-apa. Malah CEO KTPC adalah seorang yang tidak tahu apa-apa selain dari melihat wanita cantik untuk bermain mata.

Jika dilihat pada 2012, tiada pelaburan besar dari luarnegara yang datang. Bermakna 0 investment dari pelabur luarnegara, hanya diakhir-akhir tahun ada dua syarikat dari Pulau Pinang dan Kelantan saja yang bercadang untuk datang melabur.


KedahTimes tidak faham apa yang dimaksudkan rekod tertinggi sejak 16 tahun KHTP wujud. Apakah rekod tertinggi pelaburan baru atau rekod tertinggi pelaburan sedia ada? Mungkin rekod tertinggi secara kumulatif!

Walaubagaimanapun sejak PAS memerintah, tiada satupun pelaburan BESAR baru yang datang di Kulim Hitech. Ini boleh disahkan oleh pekerja di KHTP. Malah Exco Indistri, Datuk Amirudin sendiri mengaku bahawa pelaburan di KHTP khasnya dan Kedah amnya jatuh teruk.

Akhir sekali, kalau nak berbohong, jangan terlalu nampak sangat bohong kita itu. Dan seterusnya, kalau nak ambil kredit, ambillah tetapi tak payah dok jaja itu semua kerja kita, walhal titik peluh orang lain yang menjayakannya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates