Isnin, 18 Mac 2013

Kristian agama Rasmi

Penggunaan Kalimah Allah dalam bible, pemurtadan Umat Islam dan bersumpah menjadikan Kristain agama rasmi Malaysia adalah antara agenda yang sedang dilaksanakan, walaupun belum menguasai Malaysia.

Ini dilakukan di Pulau Pinang dan Selangor, malah tidak dinafikan yang mereka juga sedang mempengaruhi apa yang dilakukan oleh kerajaan Kedah dan Kelantan.

Kebebasan tidak terkawal dalam hal-ehwal agama dibenarkan berlaku sewenang-wenangnya. Malah jika adapun negeri dibawah mereka yang ingin laksanakan undang-undang berkaitan Islam, maka DAP menjadi juara dalam menentangnya.

Contoh terbaik, di Selangor dengan isu penjualan arak dan DUMC nya. Di Kedah dengan isu akta Hiburan nya.

Inilah tanda-tanda DAP membawa agenda Kristian yang mereka rasakan bakal menghapuskan kekuatan umat Islam di Malaysia. Melayu dan penganut Islam lain bakal bersatu di bawah panji Islam. Jadi dengan cara menghapuskan semua keistimewaan Islam, orang Islam akan berpecah belah.

Sumpah setia yang dilafazkan di Pulau Pinang menjadi bukti kukuh yang DAP ingin menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia. Kristian dipilih kerana ia tidak pernah memperdulikan samada sistem sosialis atau komunis ditegakkan di sesebuah negara. Malah seseorang boleh mengistiharkan dirinya Kristian tetapi tidak mempercayai kewujudan Tuhan (Atheis).
Inilah caranya DAP memcahbelahkan umat Islam dan Melayu. Dan kini PAS dan PKR memjadi sekutu mereka yang ingin menjahanamkan Islam dan umat Islam.

Apakah kita rela Islam disishkan? Jika tidak, kita perlu tentukan yang Islam masih teguh dalam perlembagaan Malaysia dengan mengundi UMNO dan BN.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates