Khamis, 14 Mac 2013

KUIN: FULL OF BLUNDERS


Tertarik Kedah Times dengan beberapa jawapan yang dilontarkan oleh Rektor KUIN berkaitan dengan denda yang dikenakan oleh KPT ke atas KUIN kerana tidak mematuhi ketetapan yang telah diberikan. Ini berkait rapat dengan kualiti pelajar yang bakal dikeluarkan oleh KUIN.

Dalam keadaan kewangan yang tidak pernah positif, KUIN terpaksa membayar denda kepada KPT sebanyak RM270K lebih. Duit yang sangat-sangat diperlukan sekarang ini terpaksa dikeluarkan untuk membayar kesilapan pengurusan KUIN.

Apa nak jadi dengan KUIN? Baca disini

Blunder 1: Pengambilan pelajar yang tidak mempunyai kelulusan STAM minima seperti yang ditetapkan oleh KPT dan dijanjikan oleh KUIN kepada KPT. Dalam kes ini ianya ada kaitan dengan KIDU yang pada asalnya adalah sekolah agama yang menghasilkan totok-totok PAS yang kelulusan agamanya tidak mencukupi untuk memasuki universiti.

KUIN tanpa memperdulikan arahan KPT menerima pelajar-pelajar ini, mungkin atas dasar kroni.

Blunder 2 : Pengurusan bermusuh dengan pekerja. Pekerja merupakan aset penting kepada sesuatu organisasi. Jikalau kebajikan pekerja tidak dijaga, maka organisasi mungkin runtuh.

Pihak pengurusan mengambil tindakan untuk tidak menjaga pekerja. Maka inilah jadinya. Pekerja sudah tidak tahan dan membuat keputusan untuk bertindak. Maka KUIN juga bakal menerima padah.

Inilah akibatnya jika pengurusan berkeras kepala untuk tidak duduk semja dengan staf membincangkan segala permasalahan mereka. Organisasi KUIN semakin lemah.

Kehebatan pemerintah PAS berceramah memang memukau sesiapa sahaja. Ayat Quran dan Hadi dipetik demi menegakkan apa saja yang mereka katakan. Ayat Quran dan Hadi bukan untuk dijadikan panduan tetapi untuk menghentam pihak lain serta menjadi benteng kepada tindakan mereka.

BALA Allah diturunkan dek kerana tindakan dan ucapan mereka yang berlawanan dengan suruhan Allah.

KUIN adalah salah satu daripadanya ....


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates