Isnin, 11 Mac 2013

KUIN Menempah Kehancuran

Seperti yang telah diberitakan sebelum ini, KUIN telah dan sedang menghadapi pelbagai kemelut. Kemelut kewangan, kemelut kitdakpusan hati, kemelut pelajar dan kemelut pihak-pihak yang ingin merampok duit KUIN.

Hasilnya kelmarin pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah membuat lawatan mengejut yang tanpa diduga oleh pihak-pihak yang mentadbir KUIN.

Inilah akibat jika terlalu banyak penyelewengan dan penipuan dilakukan. MB Kedah wajib bertanggungjawab dalam hal ini. PAS Kedah yang katanya lebih Islam dari yang lain perlu bertanggungjawab.
 
Kini setelah parah dengan masalah kewangan KUIN didenda pulak ata kesalahan menerima pelajar yang tidak layak sebagai pelajar. Apakah kemasukan mereka atas dasar kroni PAS?

Dibawah petikan dari blog beritakuin berkaitan isu-isu yang dibangkitkan KPT terhadap KUIN.


1. (Seperti yang pernah didedahkan admin blog pada artikel 21 februari 2013) KPT mengenakan kompaun sebanyak 272,000.00 kepada KUIN atas kesalahan mengambil pelajar tidak menurut syarat seramai 34 orang dan kompaun dikenakan RM 8,000.00 seorang pelajar.Tindakan ini diambil menurut akta IPTS 555 seksyen 40 (1) dan KUIN perlu membayar kompaun tersebut selewat-lewatnya pada 26 Mac 2013. Jika gagal tindakan mahkamah akan diambil tanpa notis dan jika disabitkan kesalahan KUIN boleh didenda dan Ketua Eksekutif akan dipenjara.....!!!

2. Prestasi kewangan KUIN 2007 - 2010 adalah didapati aliran tunainya NEGATIF . KPT memberi teguran dan peringatan kerana bagaimana nak menjalankan operasi sekiranya menghadapi masalah kewangan. Kini mereka sedang menunggu black and white laporang kewangan 2011 yang Jamil habaq dekat KPT kata dah bagus dah...!!! (Jangan tipu pulak macam minit mesyuarat palsu yerrr Jamil ! jangan ulang kesalahan kali kedua)


3. Aduan pensyarah dan kakitangan KUIN - Pihak KUIN perlu membayar ikut jadual agar moral kakitangan tidak terjejas kerana sesebuah Universiti amat bergantung kepada kakitangan dan pensyarah. Jamil memaklumkan bahawa semua tunggakan bank dan KWSP telah dibayar kepada kakitangan sehingga bulan Januari 2013  (he he ... tengah-tengah Dato Rujhan berkata demikian seorang staf memberikan statement KWSP yang dicetak hari ini membuktikan ada kakitangan yang baru dicarumkan KWSP pada bulan Julai... kantoiii.. pembohong betullaj jamil niee... kantoi )

4. Perpindahan kampus Kuala Ketil  - Pihak KUIN menjanjikan bahawa asrama pelajar akan siap sepenuhnya sebelum 17 Mac ini (he he he nak kelentong KPT lah tueee... tak per kite tunggu ja) Jika ia tidak siap seperti yang dijanjikan dan menjejaskan pengajian pelajar KPT akan bertindak menurut peruntukan yang diberikan dalam akta 555.


5. Kementerian sekiranya mendapati sesebuah IPTS melanggar peraturan yang ditetapkan, ketua Pendaftar IPT  mempunyai 30 kaedah untuk mengambil tindakan seperti membatalkan lesen, menurunkan status IPT, tarik lesen pelajar luar negara dan lain-lain lagi

6. Menyentuh soal tindakan tatatertib 10 kakitangan KUIN yang di keluarkan surat oleh Dato L (Pendaftar KUIN) - KPT berkata pekerja hanya menyuarakan hak dan kebajikan mereka, tidak seharusnya pentadbiran KUIN berbuat demikian. Mereka mesti berbincang untuk menyelesaikan masalah . Itu hak mereka.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates