Ahad, 17 Mac 2013

KUIN: Pelajar tiada tempat tinggal?


KedahTimes petik dari Beritakuin tentang betapa kelamkabut nya program perpindahan pelajar KUIN ke kampus baru.

Dek kerana rektor telah berjanji untuk siapkan asrama pada 17 Mac 2013 kepada KPT, maka perancangan asal untuk menempatkan pelajar di Kuliah Syariah dan Usuludin terpaksa ditukar kepada tempat-tempat lain.

Ini disebabkan kedua-dua Kuliah itu tidak digazetkan sebagai untuk penempatan, maka jika mereka meneruskan penempatan kemungkinan besar KUIN akan didenda lagi.

Malah sebelum pelajar ditempatkan dipenempatan berdekatan, mereka terpaksa ditempatkan di merata tempat yang amat jauh dari Kuala Ketil.

Sudah haru biru nampaknya KUIN hari ini. Mereka ditekan oleh pekerja yang asyik ditipu oleh KUIN dan juga waris pelajar yang tidak berpuashati kerana mereka bayar kepada KUIN tetapi servis yang diberikan tidak memuaskan.

Mungkin KUIN Boleh pergi belajar dari Universiti Antarabangsa Albukhari bagaimana dengan tenang dan licinnya mereka menguruskan sebuah universiti.

Mungkin tiada keihlasan kerajaan Negeri Kedah dalam membina kampus KUIN? Mungkin kerana cuma hanya untuk menunjuk-nunjuk bahawa mereka pun boleh bina kampus universiti?

Maka sebab itulah pelbagai masalah timubul hari ini.

16 Mac - Admin menerima email memaklumkan perkembangan terkini pendaftaran pelajar di asrama Kampus Kuala Ketil. Pendaftaran dan penempatan pelajar hari ini nampak sangat lintang pukang dan kelam kabut apabila perancangan diubah pada saat saat akhir.

Pelajar warga asing terutama darpada Afrika telah memulakan proses perpindahan semalam.

Hari ini giliran pelajar warga Malaysia. Pendaftaran bermula jam 9 pagi dan pelajar bersedia untuk memasuki asrama masing-masing yang dimaklumkan di Kuliah Syaraiah dan Kuliah usuluddin.

Namun Dekan HEP, Rohani Desa memaklumkan pihak KUIN membuat perubahan drastik dengan tidak membenarkan pelajar menginap di dalam bilik kuliah kerana bimbang pihak KPT akan mengambil tindakan kerana Jamil sudah janji pada KPT bahawa asrama pasang siap akan siap pada hari ini.

Pelajar dan waris terkejut apabila Dekan HEP isytiharkan penginapan akan berpindah ke beberapa lokasi seperti Alor Setar, Paya Pahlawan Jitra sebelum di tempatkan di  Sedim Kulim, sehingga ada waris yang mengasak dan memarahi JAZAN dan minta JAZAN datang tidur sendiri dengan pelajar untuk ketahui kebajikan mereka boleh dibuat macam-macam.

Waris merasa kecewa dan bimbang keselamatan dan status penginapan anak mereka terutama pelajar yang datang dari jauh.

Pelbagai kata kesat dan kasar dilontarkan oleh waris yang tidak berpuas hati dengan pendaftaran pelajar hari ini dan mereka baru sedar dengan apa yang mereka dengar dalam media dan akhbar mengenai KUIN sebelum ini terjadi kepada diri mereka sendiri 

Untuk rekod Jamil sepatutnya lebih bertanggungjawab berada di lokasi kerana janji beliau dengan KPT lah punca apa yang berlaku, namun Jamil tiada dan kini berada si Indonesia.

Tetapi yang jahatnya, Dekan HEP kata semua yang terjadi kerana ada orang lapor kepada KPT.

Mai admin nak jawab kepada Dekan HEP :

1. KPT akan memantau bukan sebab orang report tetapi sebab Jamil dah janji semasa lawatan mengejut KPT minggu lepas bahawa asrama pasang siap akan siap pada 17 Mac.

2. Kenapa tak suruh Mr F gazetkan bilik kuliah sebagai bilik asrama. Kenapa harus keluar pindah ke Sedim Kulim yang jaraknya sangat jauh dari Kuala Ketil.

3. kenapa pindah awal kalau dah tahu asrama tak sempat . Tunggu sahajalah bulan Jun baru pindah, taklah menyusahkan pelajar dan waris.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates