Ahad, 17 Mac 2013

KUIN : Pusat penempatan Kroni?


Sudah jatuh ditimpa tangga. 

Beginilah nasib KUIN yang ditadbir oleh kerajaan PAS Kedah yang saban hari menerima pelbagai masalah. Bermula dari masalah pelajar tahfiz hinggalah kepada ketiadaan asaram pelajar untuk kampus induk di Kuala Ketil.

Semua ini bukannya menaikkan nama KUIN dalam arus pendidikan tetapi mengundang padah yang bakal meruntuhkan KUIN sendiri.

Keegoan dan pekak badak yang diamalkan oleh pengerusi dan pentadbir KUIN membuatkan pihak luar seperti Jabatan Tenaga dan KPT masuk campur. 

Bila pihak luar masuk campur, maka terburailah segala masalah yang disimpan dalam KUIN. 

Tetapi yang KedahTimes ingin highlightkan disini ialah rupa-rupanya KUIN dijadikan loggokan kroni-kroni PAS yang hanya makan gaji buta dan cari harta kekayaan melalui KUIN. Bukannya ikhlas dalam membentuk KUIN supaya menjadi institusi milik negeri yang gah di seantero.

Kehadiran mereka inilah yang menjadi punca utama KUIN semakin tenat. Masalah kewangan, masalah kampus yang duitnya dipinjam tetapi sebahagian dari bangunan yang berada dalam pakej tidak dibina, sehinggalah kepada masalah dengan staf yang menuntut hak mereka.

Inilah jadinya jika menjadikan pendidikan atau KUIN khasnya sebagai satu agenda politik. Politik penting melebihi agenda pendidikan.

KedahTimes tidak heranpun jika bilik CEO Insan Systems hanya ada satu meja kosong dan tiada apa-apa lain selain meja tersebut. Dan mungkin setiap hari ianya menjadi tempat Pengawal Kewangan datang berborak dimeja tersebut.

Inilah yang KedahTimes katakan yang KUIN bukan lagi menjadi institusi pendidikan yang igin dibangunkan ke tahap dunia tetapi lambakan kroni PAS mencari makan atau mendapat gaji buta.

Sedih KedahTimes melihat rakyat Kedah terutama yang masih memacak bendera PAS dimerata tempat selepas ditipu oleh pemimpin PAS Kedah. Mungkin mereka sentiasa dibuai cerita menarik oleh pemimpin-pemimpin di atas pentas ceramah.

Tapi ingatan Kedahtimes kepada semua penyokong PAS, bahawa pemimpin PAS sanggup lakukan apa saja demi KUASA; hatta jual Kalimah Allah kepada Kristian. 

Ingatlah yang Allah sedang menunjukkan kepada kamu kejahatan pemimpin kamu ...

Asrama tak siap: Kuin berdepan satu lagi tindakan?

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

ALOR SETAR 11 Mac - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) berdepan dengan risiko menerima satu lagi tindakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi melibatkan penyediaan penginapan di kampus baharunya di Kuala Ketil dekat sini.

Ketiadaan asrama di kampus berkenaan mengakibatkan sesi pengajian selepas cuti pertengahan semester tertangguh beberapa minggu manakala asrama pasang siap yang dijanjikan dalam empat minggu sehingga kini belum disempurnakan.

Utusan Malaysia difahamkan, kerja-kerja pembinaan asrama pasang siap tersebut masih di peringkat awal dan dipercayai agak sukar untuk disiapkan dalam tempoh seminggu iaitu selewat-lewatnya pada 17 Mac ini seperti yang dijanjikan oleh pengurusan Kuin kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Munurut sumber, penyediaan asrama bagi kemasukan kira-kira 1,800 pelajar selepas berehat panjang menjadi aspek penting yang dinilai kementerian tersebut kerana dikhuatiri memberi kesan sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Berikutan itu, kata sumber itu, Kuin berdepan risiko dikenakan tindakan oleh kementerian terbabit mengikut Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1996 (Akta 555) jika didapati gagal menyediakan kemudahan tersebut kecuali mereka mampu menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan.

Semalam, Kuin dilapor dikenakan kompaun sebanyak RM272,000 oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana mengambil 34 pelajar yang tidak menepati syarat kelayakan masuk.

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa berkata, pihaknya juga memandang serius komitmen pengurusan Kuin untuk menyiapkan asrama bagi menampung kemasukan pelajar sebelum atau pada 17 Mac ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran kekal terjamin serta tidak terjejas.

Beliau juga tidak membenarkan penggunaan bilik kuliah sebagai asrama dan Kuin mesti menyiapkan penginapan pelajar mengikut tempoh dijanjikan jika tidak mahu dikenakan tindakan tegas. - UTUSAN

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates