Isnin, 11 Mac 2013

KUIN: Sudah jatuh ditimpa tangga

KedahTimes merasakan yang PAS memang ditubuhkan HANYA untuk menjadi pembangkang. 

Di Kelantan selepas 20 tahun memerintah, tiada perubahan atau pembaharuan dilaksanakan. Hatta pembangunan fizikal atau rohani. Masih ditaku lama. Yang kedengaran hanya kokokan kosong dan tanah menjadi botak.


Di Kedah yang baru sepenggal memerintah, Allah SWT telah tunjukkan kepada kita siapa PAS sebenarnya dan kebolehan mereka sebenarnya. Suluhil Qadim dan Tanjizil Hadis yang berada pada sifat Pekehendak adalah BENAR semata-mata dan ianya adalah dari azali lagi.

Ibarat tikus memperbaiki labu, PAS lebih teruk lagi. KUIN adalah contoh terbaik. Sebuah universiti yang ditubuhkan untuk mengembangkan pengajian Islam, kini sudah jadi caca merba. Pelbagai masalah timbul dan tidak dapat diselesaikan oleh PAS.

Inilah yang dikatakan "bercakap atas pentas lebih senang dari melakukan/melaksanakannya". Dan PAS memang layak berada di atas pentas ceramah.

KedahTimes nasihatkan PAS Kedah ... letaklah yang selayaknya pada tempat yang sesuai. Jika PAS layak di atas pentas, maka pentas tempat yang layak untuk PAS.

KUIN yang bermasalah sejak 4 tahun lalu, kini didenda KPT kerana mengambil pelajar yang tidak cukup kelulusan.

Soalan Kedah Times, kenapa mereka dibenarkan masuk KUIN? Apakah mereka ini semua anak-anak kroni PAS?

Elok sangatlah KUIN didenda. Cuma apakah KUIN mampu bayar denda tersebut dan jika tidak mampu siapa yang akan ke mahkamah, dan jika didapati bersalah siapakah yang bakal masuk penjar?


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates