Rabu, 20 Mac 2013

KUIN: Universiti Terulung Dunia





Kedah Times petik kenyataan media dari BERITAKUIN mengenai kejadian terkini mereka yang menuduh UMNO sebagai dalang dalam apa saja huruhara yang berlaku dalam KUIN. Malah tuduhan tidak pernah disertakan dengan bukti kukuh. Hanya TUDUHAN

Tetapi dalam kejadian ini, semua rakyat boleh lihat siapa sebenarnya yang membawa masuk politik kepartian dalam kampus KUIN.

Agak kesal dengan kejadian ini. Apakah ini halatuju KUIN dimasa akan datang? Apakah politik lebih penting dari pendidikan?

KedahTimes nak menyarankan pihak kerajaan negeri Kedah dibawah PAS dan pentadbir KUIN supaya menubuhkan satu kuliyyah baru. Kita namakan Kuliyah Pengajian Politik PAS. 

Jika saranan KedahTimes diterimapakai, maka ini menjadikan KUIN sebagai instistusi pertama didunia menubuhkan pengajian politik khas sebuah parti. Malah segala penyelewengan PAS ke atas ajaran Islam boleh diajar disini. 

Syaitan, DAP, PKR, LGBT, GAY, Maki, Hamun, dan sebagainya dimasukkan dalam silibus.

KAKITANGAN KUIN KESAL CAMPURTANGAN POLITIK DALAM KUIN

KENYATAAN MEDIA 

Dulu Azizan menuduh kami agen UMNO , seolah-olah kami mahu mempolitikkan isu KUIN. Kami menafikan dan berhujjah dengan fakta seperti seorang kakitangan sebuah Universiti namun Azizan masih gagal menjawab fakta hujjah kami dan mahu mengheret kami ke kancah politik .

Semalam menyaksikan, siapa sebenarnya yang berpolitik dan agen politik di dalam KUIN. Ini terbukti apabila berlakunya insiden yang amat memalukan maruah sebuah Universiti yang dikatakan bebas daripada politik, apabila lebih 50 orang Unit Amal PAS dan petugas daripada Unit Keselamatan Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Kuala Ketil bertindak mengawal lalulintas, pergerakan kakitangan KUIN dan keselamatan di Kampus Kuala Ketil. Mereka memakai baju rasmi Unt Amal bewarna merah dan memakai ‘vest’ tertulis Unit Keselamatan MTD Kuala Ketil yang mempunyai logo PAS.

Persoalannya siapa yang membawa mereka masuk , apa hak mereka menahan kakitangan KUIN dalam kampus milik KUIN, siapa yang memberi kuasa kepada mereka ,  siapa yang membenarkan mereka mengusir dan melakukan kekerasan kepada beberapa kakitangan KUIN ?

Beberapa insiden sedih dan tidak sepatutnya berlaku semalam ketika kakitangan KUIN hadir bagi menjayakan Majlis Anugerah dan Jasamu Dikenang yang dirasmikan oleh Dato Taulan.

Sebahagian insiden tersebut adalah seperti berikut :

INSIDEN 1
Seorang kakitangan KUIN yang memasuki kampus Kuala Ketil dihalang masuk oleh petugas PAS kerana mempunyai stiker BERSIH KUIN . Bila stiker dibuang tetap tak dibenarkan masuk. Siapa  Unit Amal PAS yang halang petugas KUIN masuk bertugas ?

INSIDEN 2
Seorang petugas rasmi jurugambar KUIN  bergegas ke Dewan untuk membuat liputan rasmi, namun bila sampai ke Dewan dan masuk dewan, beliau ditarik keluar oleh Unit Amal PAS dengan 'kurang ajar' sedangkan beliau hadir bertugas mengambil gambar rasmi KUIN. Rupanya Unit Amal PAS marah sebab tak berhenti di pondok gat. Staf KUIN kata, buat apa saya nak berhenti, awak bukan pengawal keselamatan KUIN, awak siapa? pakai lencana PAS, apa hak nak tahan saya?  Jika pengawal keselamatan KUIN tahan, memang saya akan berhenti.Unit Amal PAS ketika itu menggunakan kekerasan kepada staf KUIN.

INSIDEN 3
Seorangan kakitangan KUIN yangtelah masuk kedalam dewan kemudian keluar sekejap untuk makan. Bila pulang semula maka Unit Amal KUIN menghalang untuk masuk ke dalam dewan

INSIDEN 4
Seorang pegawai KUIN masuk tanpa ada sebarang stiker BERSIH KUIN dan bebas daripada perkara yang tak dibenarkan, disoal oleh Unit Amal PAS seolah dia tu Polis hampir 20 minit. Lalu pegawai tersebut menelefon seorang top management , barulah dibenarkan masuk. Persoalannya apa kuasa yang Pegawai Keselamatan KUIN berikan pada Unit Amal PAS sehingga mereka lebih berkuasa daripada pengawal Keselamatan KUIN

INSIDEN5

Semua pergerakan bas masuk KUIN dihentikan dan dibuat kawad cam di atas bas oleh Unit Amal dengan membawa gambar 10 orang kakitangan KUIN yang diharamkan Jamil memasuki kampus Kuala Ketil.

Sehubungan dengan itu saya mewakili 400 orang kakitangan KUIN melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan ini dan Jamil tidak sepatutnya menutup kelemahan dan kezalimannya dengan memasukkan unsur politik di dalam kampus KUIN.

Tindakan tidak professional yang ditunjukkan oleh petugas PAS ini membuktikan campurtangan orang luar dalam menyelesaikan kemelut KUIN.

Jika dulu Azizan tuduh kami ejen UMNO namun kini kita tahu siapa sebenarnya yang menjadi ejen politik apabila membawa petugas PAS yang memakai baju berlambangkan PAS.

Jamil terlalu takut kononnya skuad BERSIH KUIN akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar yang akan hadir merasmikan majlis. Jamil takut kerana tahu dia salah dan menzalimi kakitangan. Jamil takut sehingga tengok stiker BERSIH KUIN di kereta pun dah mula takut. Tengok 10 orang yang hanya baru dikenakan surat tunjuk sebab dah mula takut. Disebabkan ketakutan inilah Jamil tidak membenarkan 10 orang yang dikenakan surat tujuk sebab masuk ke dalam kawasan KUIN dan tak benarkan kereta yang memakai stiker BERSIH KUIN memasuki kawasan KUIN.

Jamil sepatutnya jika mahu mengawal keselamatan dengan teratur , menggunakan Unit Keselamatan KUIN dan pihak Polis Kuala Ketil bagi menjaga keselamatan bukan dengan membawa masuk pasukan Unit Amal PAS ke dalam KUIN. Jika mahu menjaga lalulintas boleh gunakan pasukan RELA.

Pihak skuad BERSIH KUIN akan menghimpunkan bukti dan keterangan serta gambar yang diambil dan satu ‘tindakan khas’ akan dibuat pihak BERSIH KUIN dengan kadar segera dan akan melaporkan perkara ini kepada pihak-pihak berwajib. Ini adalah bagi mengekang supaya KUIN tidak akan terus dipolitikkan dan tidak menjadi medan politik kepada Jamil dan Azizan.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates