Rabu, 20 Mac 2013

LGBT Tidak Layak Memimpin

Allah sentiada mengingatkan kita yang beberapa kaum yang mengamalkan LGBT atau seks secara songsang telah dimusnahkan Nya.

Contoh terbaik ialah kaum Lut yang lelakinya menyukai sesama lelaki.  Kaun ini dimusnahkan dengan menebalikkan keseluruhan penempatan mereka ke bawah sehingga tiada seorangpun dari kalangan mereka dapat menyelamatkan diri.
Di Indonesia, semasa pemerintahan Gus Dur yang mengamalkan Pluralisma agama pun diturunkan bala oleh Allah SWT dengan tsunaminya.

Ingatan ini sentiasa diberikan Allah kepada manusia, tetapi hari ini masih ada umat yang mengaku dia Islam tetapi menerima konsep kebebasan LGBT atau pluralisma agama. Mereka mengasingkan hal-hal peribadi seseorang dari perkara-perkara kehidupan yang lain.

Malah seseorang boleh mengamalkan cara hidup LGBT tetapi dari segi lain beliau boleh diterima sebagai pemimpin. TETAPI perlu diingat yang Allah menghapuskan kaum Lut kerana amalan LGBT mereka. Mungkin Kaum Lut panda dalam memerintah negeri atau berniagan atau membela anak dengan baik tetapi Allah musnahkan mereka kerana amalan kesukaan mereka yang bertentangan dengan suruhan Allah.

Jadi jika amalan dan fahaman ini dibiarkan berleluasa, mungkin satu hari nanti kemurkaan Allah SWT akan menimpa kita.

Apa yang disebut oleh seorang penyokong LGBT seperti Khalid Ismath ini amat menyedihkan kita semua. Beliau tiada masalah dengan LGBT asalkan amanah dan tanggungjawab mereka lakukan dengan baik.

Soalan kita ialah Kaum Lut dihapuskan dari muka bumi kerana amalan lelaki suka sesama lelaki, apakah ini membawa maksud yang penghapusan kaum itu kerana kelakuan LGBT mereka? Walaupun ada perkara baik lain yang mereka lakukan tetapi Allah murka kerana sifat LGBT.

Apakah kita boleh terima seorang pelacur atau seorang pembunuh menjadi  sahabat kita kerana dia sering membantu kita dalam persekolahan?

Apakah kita boleh menerima seorang pemimpin yang kerja merompak bank hanya disebabkan dia menunaikan amanah menjaga anak bini dengan baik?

Pemikiran sebeginilah yang bakal merosakkan ummah. Ianya nampak personal tetapi amat dilarang oleh Islam.

Hapuskan pemikiran sebegini sebelum kita dimurkai Allah.

U Ulang I saman.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates