Ahad, 10 Mac 2013

PAS dah lupa Masjid!

Sewaktu Tun Dr Mahathir membina Putrajaya, Masjid adalah yang pertama diwujudkan. Inilah cara pembangunan Islam. Pusat ibadah dan pertemuan orang Islam diwujudkan.

Dan jika asyik membangkang, mereka akan membangkang apa saja yang dilaksanakan oleh kerajaan. Malah sampai satu ketika hendak dilelongnya Putrajaya.

Mungkin bukan kerana tidak suka akan Putrajaya tetapi dek kerana irihati tak terhingga, maka keluarlah pelbagai perkataan kebencian kepada pembinanya.

Apabila diberi peluang kepada mereka, maka inilah jadinya. Masjid atau tempat ibadah orang Islam bukan diutamakan.  Lihat saja Madrasah Salihiyah yang dirobohkan dek kerana nak bina pusat komersial.

Kini kampus KUIN pula menjadi mangsanya. Dek kerana asyik menjual agama kepada totok-totok yang ingin masuk syurga tanpa perlu sembahyang, mereka melupakan pembinaan Masjid di Kampus tersebut.

Katanya negeri Islam, katanya memperjuangkan Islam, katanya mereka sanggup jihad untuk Islam, katanya mereka hendakkan hudud; tetapi mereka lupa bahawa tiang agama ialah sembahyang. Untuk sembahyang maka rumah Allah yang selesa perlu didirikan.

Tetapi, itulah hakikatnya, manis dimulut, dihati kita semua tidak tahu. Keuntungan dunia mereka utamakan.


JITRA 9 Mac - Datuk Mukhriz Tun Mahathir mempersoalkan kegagalan kerajaan negeri menyediakan asrama pelajar secukupnya di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil sedangkan kos pembinaannya merangkumi bangunan penginapan pelajar.


Beliau berkata, amat membimbangkan apabila para pelajar dikatakan terpaksa tinggal di dalam bangunan kuliah yang dijadikan tempat penginapan pelajar.

"Saya pun bingung kenapa perkara ini boleh berlaku, sebab jumlah kos pembinaan (RM330 juta) cukup untuk membina semuanya (termasuk masjid dan asrama). Jumlah yang dibelanjakan tidak berkurangan, kita nak tahu ke mana perginya duit itu.

RM330 Juta bina KUIN termasuk masjid, tapi bila siap tak ada masjid, pelik kan ???

"Adakah ia digunakan untuk perkara tidak berfaedah yang tidak termasuk dalam perancangan," katanya katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 1Litar@Kedah di Taman Aman di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan kakitangan Kuin bahawa pihak pengurusan menjadikan bilik kuliah sebagai asrama pelajar kerana bangunan sementara yang dijanjikan untuk penginapan pelajar masih gagal dibina walaupun pelajar telah diberi cuti hampir sebulan.

"Di manakah maruah kita sebagai anak Kedah, apabila satu projek yang diangkat sebagai kebanggaan kerajaan negeri, tetapi ia serba kekurangan. Masjid dan asrama tidak dibina walaupun ada dalam pelan dan sekarang pelajar-pelajar pula hendak disuruh duduk dalam bilik kuliah.

Beliau meminta Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan dalam isu itu bagi membantu para pelajar. - BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates