Khamis, 7 Mac 2013

PAS langgar Amaran Allah


Kedah Times terus-terang nak katakan yang PAS sekarang ini banyak ditimpa musibah kerana mereka sentiasa melanggar perintah Allah. 

Musibah terbaik yang dapat kita lihat dan saksikan sendiri ialah kedegilan PAS untuk berkawan dengan MUSUH Islam dan Allah iaitu DAP.

PAS sudah jadi lembu yang dicucuk hidung oleh DAP. PAS melihat saudara Islam dari UMNO sebagai musuh tetapi menganggap musuh Islam sebagai kawan. Inilah musibah terbesar yang diterima PAS hasil perbuatan-perbuatan yang melanggar larangan Allah.

Lebih menyayatkan hati lagi apabila ulama-ulama sudah tidak lagi menjadi rujukan PAS.

Pemimpin PAS undang bala amaran al-Quran

Oleh: Rejal Arbee 
  
Hutan di Kedah, Kelantan rakus dimusnah 

Penulis tertarik dengan sebuah rencana ringkas dalam laman web QuranMiracles.Com mengenai kerakusan manusia mengejar wang dengan memusnahkan alam sekitar hingga terpaksa menanggung akibatnya. 
Menurut rencana itu keghairahan manusia memenuhi nafsu sudah membutakan mata mereka terhadap kemusnahan persekitaran semula jadi hingga membawa kepada bencana ke atas diri juga akhirnya. Ia merujuk kepada ayat 41 Surah Arrum mengenai akibat buruk daripada perbuatan manusia yang mana Allah sendiri memberi amaran terhadap perlakuan rakus manusia yang menjejas persekitarannya. 

Ayat itu bermaksud (mengikut terjemahan Prof Dr H Mahmud Yunus yang diterbitkan pada 5 Nov 1973): “Telah lahirlah bencana di darat dan di laut kerana usaha tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (balasan) perbuatan yang mereka perbuat, mudah-mudahan mereka kembali (taubat).” 

Jelas, Allah amat menentang sebarang perbuatan yang mencemarkan persekitaran lebih-lebih lagi yang rakus seperti sedang berlaku di dua negeri dikuasai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam. Namanya pun parti Islam. Manusia sudah diberi amaran supaya tidak abaikan persekitaran dalam mengejar kebendaan kerana akhirnya mereka sendiri yang akan menanggung akibat buruk kemusnahan alam semula jadi. 

Pimpinan PAS tak prihatin 

Malangnya, dalam tempoh beberapa minggu ini berita mengenai kemusnahan hutan simpan di Kedah dan Kelantan mendapat liputan meluas, lengkap dengan gambar yang menunjukkan kemusnahan berterusan dilakukan kedua-dua kerajaan negeri dikuasai PAS. 
Malangnya, apa yang sedang berlaku tidak menunjukkan pimpinan kedua-dua kerajaan itu prihatin terhadap amaran Allah sendiri walaupun kedua-dua Menteri Besarnya mendakwa sebagai golongan ulama yang sepatutnya lebih arif terhadap seruan Allah. 

Malah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah Mursyidul Am parti itu yang diagungkan sebagai ulama dan Tok Guru. Tentunya mereka ini, lebih-lebih lagi Nik Aziz amat arif terhadap amaran Allah itu. Tetapi persoalan yang timbul bagaimana mereka tergamak membiarkan dan merestui kemusnahan yang sedang berlaku di hutan simpanan di kedua-dua negeri yang mereka tabir itu? 

Walaupun Malaysia terkeluar daripada lingkungan gunung berapi dan ribut taufan, beberapa kejadian luar jangka seperti tanah runtuh dan banjir besar yang turut meragut banyak nyawa pernah berlaku beberapa tahun kebelakangan ini akibat pembangunan yang mengabaikan peraturan dan garis panduan. 

Tragedi demikian seharusnya mengingatkan kita kepada amaran Allah itu yang mana alam boleh bertukar menjadi ganas kerana perbuatan manusia yang tidak prihatin terhadap alam sekitar. 

Kini kawasan tadahan air di Sungai Kelantan dan di Tasik Pedu, Kedah sudah tercemar dan tentunya akan memberi kesan buruk terhadap bekalan air kepada rakyat kedua-dua negeri, selain mengakibatkan banjir besar dan meluas. 

Tak hirau bantahan rakyat 

Di Kedah, amaran demi amaran dikeluarkan pelbagai pihak, termasuk rakyat terhadap penebangan hutan di Bukit Perangin, nadi penting kepada aktiviti pertanian termasuk dusun buah-buahan, sawah dan sumber air penduduk kampung dalam Mukim Hosba, Temin, Kubang Pasu, Bukit Binjai dan Malau serta penerokaan hutan di Gunung Inas, Baling. 

Malangnya kerajaan PAS Kedah tidak menghiraukan bantahan rakyatnya sendiri dengan memberi alasan kemusnahan khazanah hutan negara itu bertujuan membangunkannya sebagai projek ladang rakyat berkonsep agro-pelancongan. Tetapi ramai mempertikaikan nama ladang rakyat dan agro-pelancongan yang sengaja digunakan kononnya untuk menanam pokok buah-buahan bagi menghalalkan aktiviti pembalakan di kawasan itu. 

Ada pihak bertanya kenapa ia perlu dilaksanakan di kawasan itu sekiranya diketahui ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat Kedah yang terpaksa menanggung kesannya. Apakah ia tidak boleh dilaksanakan di kawasan lain? 

10,000 Orang Asli kena tempias 

Di Kelantan pula, kesan pembalakan dan pembukaan tanah secara tidak terkawal di Gua Musang mula memberi kesan kepada lebih 10,000 masyarakat Orang Asli di 123 penempatan serta 1,000 hektar tanah, termasuk kawasan tadahan air sudah diusahakan dengan pelbagai tanaman. 

Hanya 10 daripada 24 projek pembersihan dan penebangan hutan di kawasan Tanah Tinggi Lojing itu mendapat kelulusan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Satu kajian Universiti Malaysia Kelantan (UMK) beberapa tahun lalu mendapati sebahagian besar kawasan itu rosak akibat penerokaan hutan tanpa kawalan. 

Bukan saja manusia yang berasa tempiasnya, aktiviti itu turut mengancam habitat lain, termasuk tumbesaran bunga Rafflesia walaupun kawasan seluas 550 hektar sudah diwartakan untuk bunga itu. Dikenal pasti Lojing mempunyai populasi Rafflesia Kerrii terbanyak di dunia. 

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Bumi UMK, Zulhazman Hamzah yang terbabit dengan kajian itu bimbang kegiatan pertanian oleh pengusaha ladang sayur dari Cameron Highlands di situ sudah menjadi lebih teruk sekarang. Apa yang lebih membimbangkannya ialah hanya 7.2 peratus daripada keseluruhan kawasan hutan di Kelantan diwartakan hutan simpan, selebihnya hanya menunggu masa untuk diceroboh. 

Terimakasih Berita Harian

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates