Khamis, 7 Mac 2013

PAS Lelong, UMNO Pertahan

PKR terus menerus memperkotak katikkan kalimah Allah dengan membenarkan pihak bukan Islam menggunakan dalam mengelirukan umat Islam. PKR sudah tidak peduli dengan Islam, malah kalau menurut Haron Din mereka boleh dikatakan KUFUR kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir dalam menamakan tuhan mereka.

PAS dalam masa itu bersetuju secara terang pada awalnya dan bersetuju secara senyap pada akhirnya jatuh sama taraf dengan PKR. Cuma PAS masih berdolak dalih dengan umat Islam dan bukan Islam.  PAS didepan umat Islam mempertahankan kalimah Allah sebaliknya di depan bukan Islam mengiyakan kebolehan mereka menggunakan kalimah ini.

 Itulah PAS yang sentiasa menjual agama demi undi.

Sebaliknya UMNO amat konsisten dalam isu ini. Malah dalam perlembagaan parti menyentuh dengan terang bahawa Islam tetap dipertahan dan dikembangkan.

Maka sebelum kita semua keluar mengundi kelak, fikirlah apakah kita sudah tidak sayangkan Islam lagi?

Kerajaan Akan Tetap Mempertahan Kalimah Allah - Najib

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan tetap mempertahan kalimah Allah selaras dengan prinsip yang terkandung dalam Maqasid Syariah atau objektif syariah dalam Islam, kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


Perdana menteri berkata lima perkara yang terangkum dalam Maqasid Syariah iaitu memelihara dan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta - ialah juga perkara-perkara yang diperjuangkan kerajaan.

Malah, katanya, berdasarkan kajian antara negara-negara Islam di dunia dari segi pematuhan kepada prinsip-prinsip Maqasid Syariah, mengikut para ulama, Malaysia berada antara tempat tertinggi dalam memperjuang objektif-objektif berpandukan kepada Maqasid Syariah

"Kita ambil dalam soal agama, mempertahankan akidah, mempertahankan kesucian agama Islam, mempertahankan kalimah Allah, ini diperjuangkan oleh Al-Quran.

"Kita tak main politik dalam hal ini...satu ketika setuju dengan orang lain, selepas itu pusing balik tak setuju... Kita istiqamah dalam hal kalimah Allah. Kerajaan yang ada pada hari ini, tetap akan mempertahankan kalimah Allah," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Selasa.

Najib berkata bagi memelihara dan membangunkan maslahah harta, kerajaan beriltizam untuk terus memajukan ekonomi negara.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha.

Kira-kira 16,000 orang hadir pada pertemuan terbesar golongan ulama-umara dan asnaf bersama Perdana Menteri itu. Asnaf ialah mereka yang dikategorikan sebagai fakir dan miskin, peniaga-peniaga kecil, pemandu teksi dan para pelajar yang menerima bantuan zakat (kumpulan ini) daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Sehubungan itu, Najib berkata melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kerajaan memberi penekanan kepada mengurangkan indeks jenayah yang dimulakan sejak 2009 dan terus diberi perhatian.

Kerajaan juga memberi tumpuan kepada pembangunan sistem pendidikan melalui proses pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, katanya.

Dalam menangani isu moral, kerajaan memberi penekanan kepada nilai budaya murni dan menentang fahaman songsang seperti seks bebas, sumbang mahram mahupun LGBT.

Najib berkata bagi memelihara dan membangunkan maslahah harta, kerajaan beriltizam untuk terus memajukan ekonomi negara.

"Alhamdulillah, tahun lepas, kita dapat kadar pertumbuhan 5.6 peratus, antara yang tertinggi di dunia dan kita juga berjaya mengukuhkah Malaysia sebagai hab kewangan Islam yang paling berjaya di dunia," katanya.

Sehubungan itu, katanya, demonstrasi jalanan ala Arab Spring hanya akan mengorbankan harta benda termasuk nyawa manusia dan ia bukan sesuatu yang sesuai untuk Malaysia.

Malah, katanya, pada hari ini negara-negara yang berlaku keadaan itu masih belum lagi pulih dan ada yang lebih berat masalahnya daripada sebelum itu.

Katanya kejayaan Malaysia menjadi mediator atau pengantara bagi menyelesaikan konflik antara Bangsa Moro dan kerajaan Filipina diiktiraf sebagai sumbangan yang amat besar dan ramai umat Islam dapat diselamatkan.

-- BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates