Jumaat, 22 Mac 2013

Pelancaran Buku Sayangi Redah Segala

Pelancaran buku yang memaparkan kejayaan pentadbiran Kedah kononnya telah menonjolkan sifat dan sikap PAS sebenarnya.

Seperti kata Pakteh dalam blognya disini dan kata KedahTimes sendiri disini, PAS membuktikan apa yang dipapar oleh penulisan tersebut adalah benar.

Teruskan membaca dan melawati blog ini kerana KedahTimes dan kawan-kawan ada banyak sangat bukti yang apa yang dipaparkan dalam buku tersebut adalah auta PAS saja.

Yang mereka bijak lakukan ialah mempromosikan apa saja projek orang lain supaya nampak macam mereka punya.

InsyaAllah kita akan mulakan dengan pembinaan Masjid nanti.

Jangan lupa datang dan lawat selalu ke sini.



ALOR SETAR - Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘SAYANGI KEDAH SEJAHTERA’ bersaiz 21.25 sentimeter kali 27.6 sentimeter, setebal 56 halaman dan berwarna penuh.

Pegawai Khas (Penerangan) Kepada Menteri Besar Kedah, Ustaz Musoddak Haji Ahmad berkata, dalamannya akan dihiasi dengan susun atur foto-foto interaktif dan nostalgik berserta coretan fakta dan kisah manis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pre-launching buku Sayangi Kedah Sejahtera di pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman, di sini.

Menurutnya, judul buku berkenaan ialah Sayangi Kedah Sejahtera: 2008-2013 Sepenggal Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah.

“Objektif utama penerbitan buku Sayangi Kedah Sejahtera bertujuan mendokumentasikan dan mempromosi siri-siri kejayaan dan pencapaian Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak sepanjang tempoh sepenggal bermula Mac 2008 sehingga 2013 meliputi semua aspek, jabatan, agensi dan GLC,” ujarnya.

Beliau memberitahu, penerbitan buku berkenaan berkonsepkan bacaan mudah dengan himpunan susun atur foto-foto berwarna yang berkaitan dengan penjelasan ringkas berdasarkan subjek tertentu. Reka grafiknya pula lebih menepati penerbitan majalah kontemporari.

“Buku ini akan memuatkan siri kejayaan dan pencapaian Kerajaan Negeri Kedah sejak Mac 2008 dalam bidang pentadbiran, ekonomi, pembangunan fizikal, pembangunan insan, pendidikan, pertanian, sosio-ekonomi, keagamaan, hal ehwal kemasyarakatan, kebudayaan, kesenian dan sukan,” katanya.

Tambahnya, buku berkenaan juga turut memuatkan kejayaan-kejayaan dan pencapaian yang dipacu jabatan-jabatan, agensi-agensi dan GLC berkenaan. Selain itu, direktori penting turut dimuatkan dalam buku itu untuk rujukan pembaca.

“Buku ini ditulis dalam Bahasa Melayu dan sasaran pembaca adalah terdiri daripada semua kategori umur dan bangsa. Buku ini akan dicetak sebanyak 30,000 naskhah,” katanya.

Ustaz Musoddak menjelaskan, buku berkenaan akan diedarkan secara percuma kepada masyarakat awam dan jabatan melalui agensi berkaitan termasuk Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK).

Turut hadir ialah Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Zulkifli Yahaya; Pegawai Khas Belia Kepada Menteri Besar Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi dan Pegawai Penerangan, Mohd Azam Awang.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates